10 Snek Halal Anda Mesti Cuba Di Jepun

10 Snek Halal Anda Mesti Cuba Di Jepun

Sensei nak share 10 makanan yang sensei suka dekat convinience store Jepun (dan of course tak haram).

Penafian: Tolong semak bahan-bahannya sebelum beli. Sebab bahan-bahan boleh berubah bila bila masa.

No 1: Coklat Macadamia Meiji.

makanan-halal-jepun-7

Rasa coklat dia tak sama macam coklat kita biasa makan makan cadbury. Tak terlalu manis dan ada kacang di tengah. Lagipun kacang Macadamia ni susah jumpa dekat Malaysia.

 

No 2: Pudding! (Puchin Purin)

makanan-halal-jepun-8

Mesti mesti mesti try test cuba. Boleh nangis. Sebab nak kena beli banyak kali. Sesiapa di Jepun tolong check brand mana yang boleh. Glico ke, Morinaga ke, Meiji ke.

 

No 3: Shu cream (Cream Puff)

makanan-halal-jepun-1

Cream puff macam papa beard tu. Tapi dekat Jepun boleh beli di konbini je. Sedap makan dengan kopi panas. Murah dan sedap!

 

No 4: Onigiri

makanan-halal-jepun-2

Kalau di Jepun anda cari salmon, tuna, sea-chicken dan tamago. Katsuo dan beberapa onigiri yang boleh dimakan. Bahan yang selalu terlepas pandang dalam onigiri adalah mirin(sweet sake), so sila periksa dengan kedai tu dulu ok. Sangat murah, sedap, cepat dan kenyang.

No 5: Potato chips

makanan-halal-jepun-6

Tapi cari yang rich cut ( yang berketak-ketak chips dia tu). Kalau ada yang tulis Premium Hokkaido atau Butter, lagi sedap.

 

No 6: Ice Cream Super Cup (Ekuceru Su-pa Kappu)

makanan-halal-jepun-9

Ais krim ni kalau waktu musim sejuk sekalipun sensei akan cari ice cream ni.

 

No 7: Air Van Houten

makanan-halal-jepun-3

Van Houten ni minuman coklat yang sangat hantu di Jepun. Kalau sensei pergi sana wajib beli air ni. Macam Milo tapi lagi pekat dan rasa dia macam Water that steal my money. Gimme back!

 

No 8: Sandwich strawberry

makanan-halal-jepun-4

Ni pun satu. Aih aih. Sedap sangat!

 

No 9: Puchi choco rangudosha! (payah nak sebut)

makanan-halal-jepun-5

Ni pun jenis dah start tak boleh berhenti makan. Biskut berinti coklat ni rangup dan kecik-kecik je. So tak muak makan banyak-banyak pun.

 

No 10: Umai bou.

makanan-halal-jepun-10

Umai bou ni ada banyak jenis. Beli perisa jagung dan beberapa perisa lain. Tapi kena semak betul betul bahan dia. Sebab ada yang terang-terang tak boleh.

Ada banyak lagi. Tapi cukuplah . Nanti korang borong semua.

Selain itu sekali lagi saya nasihatkan, sila semak bahan-bahan untuk senarai makanan di atas. Terutama kalau ada bahan melibatkan nyukazai (emulsifier) dan gelatin.

Kredit: Wan Wasabi Senpai

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top