10 Tempat Popular ber’Hanami’ di Jepun

Cakap Jepun

10 TEMPAT POPULAR UNTUK BER’HANAMI’

 

Bunga Sakura adalah salah satu keindahan semula jadi yang paling ikonik di Jepun. Semua orang Jepun akan berpusu-pusu untuk menyambut kedatangan bunga sakura yang cantik ini setiap tahun dalam satu acara yang dipanggil Hanami.

Cakap Jepun

 

Apa itu Hanami?
Hanami
bermaksud ‘tengok bunga’. Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi 10 Tempat Popular berHanami’ di Jepun.

 

#10: Kumamoto Castle (Kumamoto)

Kumamoto Prefecture – terkenal dengan maskot beruang yang comel, Kumamon – terletak di selatan pulau Kyusyu. Kumamoto Castle (熊本所・Kumamoto-jo) bukan sahaja mempunyai seni bina yang mengagumkan, tetapi ia juga merupakan lokasi pemberotakan Satsuma oleh Saigo Takamori yang menjadi sumber inspirasi untuk filem, The Last Samurai.

Sumber: www.jnto.go.jp

#9:“Asukayama Park” (Taman Asukayama)

Shinjuku Gyoen (新宿 御苑) merupakan sebuah taman yang sangat cantik di tengah – tengah bandar Tokyo, hanya 15 minat berjalan kaki dari stesen Shinjuku. Walaupun dikenakan entrance fee sebanyak ¥200, tetapi berbaloi dengan keindahan taman yang sangat luas dengan rumput yang menghijau. Pada awal bulan Mac, anda dapat melihat bunga sakura sambil menikmati bento anda kerana taman ini mengandung lebih dari 1,000 pokok sakura.

Sumber: www.env.go.jp

Cakap Jepun

#8: ”Rikugien Gardens” (Taman Rikugi)

Taman yang mengambil masa kira-kira 7 tahun untuk dibina ini, juga terkenal dengan bunga sakura yang dikenali sebagai “Shidare Sakura” (spesis bunga sakura yang dahan berjuntai kebawah). Pokoknya yang tingginya lebih kurang 15 meter, dan lebarnya lebih kurang 20 meter dan bunga sakuranya mekar kelihatan seperti air terjun. Anda juga mesti melihat pemandangan “light –up” (bercahaya) di waktu malam. Dibuka pada pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Tempoh “light-up” adalah sehingga jam 9:00 malam, dan tempoh masuk adalah 30 minit sebelum masa tutup. Sepanjang tempoh hanami, tiada hari tutup.
(C)Tokyo Metropolitan Park Association

#7: “Yoyogi Park” (Taman Yoyogi)

Taman Yoyogi merupakan tempat digemari untuk menikmati “hanami” yang boleh diakses samaada dari Shinjuku atau Shibuya. Di antara taman metropolitan, ia adalah taman di tempat ketiga dari segi keluasan dan jumlah keseluruhan pokok sakura adalah 730 pokok. Anda boleh duduk di atas rumput di tengah-tengah taman sambil menikmati “bentohanami” dan merasai sendiri kenikmatan sakura.
(C)Tokyo Metropolitan Park Association

Cakap Jepun

#6: “Megurogawa” (Sungai Meguro)

Sepanjang kira kira 3.8 kilometer dari kawasan Ikejiri-Ohashi sehingga jambatan Stesen Meguro, terdapat lebih kurang 800 pokok sakura yang kembang mekar di sepanjang SungaiMeguro. Walaupun tiada kemudahan seperti taman, tetapi ianya sangat terkenal kerana di sepanjang sungai tersebut terdapat kafe dan restoran dan anda boleh menikmati “hanami” sambil makan dan minum.

#5: “Inokashira Park” (Taman Inokashira)

Terdapat kira-kira 500 pokok sakura di dalam taman tersebut dan di sini anda boleh menikmati sakura dari awal bulan Mac hingga hujung bulan April. Yang paling menarik adalah melihat bunga sakura dari pandangan atas yang terletak di tengah tasik Inokasira Park iaitu “Nanaibashi”(Jambatan Nanai). Ianya adalah satu keunikan kerana di sekitar tasik terdapat kira-kira 250 pokok sakura yang mempunyai dahan yang rendah, dan imej pantulan sakura dapat dilihat dipermukaan air. Kelopak bunga sakura yang terapung di permukaan tasik juga menambahkan lagi keindahannya.

#4: “Sumida Park (Taito-ku)” (Taman Taito City Sumida)

Ia adalah tempat yang terkenal dengan pertunjukkan bunga api pada musim panas, manakala musim bunga terkenal dengan sakuranya. Di sini mempunyai kira-kira 600 pokok sakura, dan dihadapannya juga anda dapat melihat TOKYO SKYTREE(R) dan boleh mengambil gambar berlatarbelakangkannya. Disamping itu anda juga boleh menikmati “hanami” dari permukaan air dengan menaiki bot berbumbung dan berkemungkinan menjadi kenangan yang tidak akan anda lupakan.

#3: “Chidorigafuchi”

Sekitar kawasan Chidorigafuchi di bahagian “Tokyo Imperial Palace” terdapat tempat “hanami” yang sangat popular. Di sini terdapat lebih kurang 200 pokok sakura yang kembang dan anda juga dapat menangkap gambar sakura berserta dengan tembok batu Istana Edo. Taman Chidorigafuchi yang terletak antara sebelah barat Tokyo Imperial Palace Chidorigafuchi dan juga Kedutaan British ini juga adalah tempat yang disarankan untuk anda berjalan mengelilinginya kerana anda boleh melihat kira-kira 170 pokok sakura di sini.
Gambar/Chiyoda City Tourism Association

#2: “Ueno Park” (Taman Eeno-onshi)

Sejak dari abad ke-16 lagi, ianya menjadi tempat “hanami” yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Taman yang mempunyai keluasan 53,800 meter persegi ini, mempunyai kira-kira 1,200 pokok sakura yang mekar terutamanya di tengah laluan taman. Dibuka untuk lawatan dari pukul 5:00 petang hingga 11:00 malam. Dilarang masuk dari pukul 11:00 malam hingga 5:00 pagi. Pejabat pengurusan taman adalah dari pukul 8:30 pagi hingga 5:15 petang.

#1: “Shinjuku Gyoen National Park”

Mempunyai keluasan 58.3 hektar, dan perimeter taman sekitar 3.5 kilo hektar dan kira-kira 65 jenis pokok bunga sakura , serta lebih kurang 1100 pokok bunga sakura yang kembang mekar semasa musim bunga. Ianya adalah satu keunikan kerana tempoh bunga mekar adalah berbeza bergantung kepada jenis bunga dan boleh menikmati bunga mekar dalam tempoh masa yang lama. Di kedai terdapat banyak kuih-muih dan juga cenderahati yang bertemakan sakura. Stesen keretapi terdekat ialah Stesen Shinjuku. Harga tiket untuk masuk taman ini adalah 200 yen. Dibuka untuk lawatan dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang (ditutup pada 4:30 petang). Tempoh “hanami” adalah dari 15hb Mac sehingga 24hb Mac, dan dibuka tanpa hari cuti. Dilarang membawa masuk minuman alkohol dan juga dilarang membawa masuk peralatan permainan.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top