3 Tulisan Jepun Anda Wajib Tahu

Seminar Kickstart Cakap Jepun

3 Tulisan Jepun Anda Wajib Tahu

 

Minasan konnichiwa! Tengah bercuti ke tu warga Selangor? hehe

Walaupun office CJ pun cuti harini, sensei tetap nak sharing tentang perkara paling basic jika anda nak kuasai bahasa Jepun.

Harini sensei nak share tentang tulisan Bahasa Jepun.

Dalam Bahasa Jepun ada TIGA jenis tulisan. Disini sensei terangkan secara ringkas apakah tulisan-tulisan itu dan bagaimanakan cara penggunaannya.

1. HIRAGANA
Hiragana merupakan huruf asas dalam Bahasa Jepun, seperti a,b,c dalam Bahasa Melayu. Ada 46 huruf hiragana kesemuanya.
Hiragana digunakan untuk menulis perkataan yang memang berasal dari Jepun. Contohnya : すし(sushi), おにぎり (onigiri) dan たこやき(takoyaki).

2. KATAKANA
Katakana juga merupakan huruf a,b,c dalam Bahasa Jepun, mempunyai 46 huruf kesemuanya tetapi ia digunakan untuk menulis perkataan yang bukan berasal dari Jepun. Samada perkataan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu atau mana-mana bahasa asing yang digunakan di Jepun. Contohnya : コンピューター ( konpyuuta : bermaksud komputer ). Selain itu, nama orang selain orang Jepun, juga ditulis menggunakan katakana. Contoh, nama sensei akan ditulis sebagai ファディ (Fadhira )

3. KANJI
Kanji pula merupakan satu tulisan yang berasal dari Chinese karakter. Tulisan ini berbeza dengan tulisan hiragana & katakana, dimana kanji ada berpuluh ribu karakter yang perlu dihafal. Tapi tulisan kanji ini sangat menarik kerana setiap satu kanji akan membawa maksud tersendiri. Kanji juga digunakan untuk menulis perkataan yang berasal dari Jepun, dan biasanya di bahagian atas kanji akan ada tulisan hiragana ( disebut sebagai furigana), yang ditulis untuk menunjukkan apakah bacaan kanji tersebut. Contoh tulisan kanji : 本 (buku)、車 (kereta)

Anda nak sensei share lagi tentang Bahasa Jepun? Komen YOSH! dibawahh!

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top