5 Tips Belajar Bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas


Cakap Jepun

5 TIPS BELAJAR BAHASA JEPUN

 

Belajar bahasa Jepun sebenarnya bukanlah perkara yang sukar.

Semua orang, tidak kira umur, mampu bercakap dalam bahasa Jepun, dengan syarat anda mestilah kekalkan disiplin & istiqamah semasa belajar bahasa Jepun.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda LIMA (5) TIPS bagaimana untuk belajar bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas.

 

Tips Mudah & Pantas #1 – Minat Untuk Belajar Bahasa Jepun.

Untuk kita kekal berdisiplin & istiqamah melakukan sesuatu perkara, MINAT adalah penyebab utama untuk kita akan Mudah & Pantas belajar bahasa Jepun. Biasanya perkataan minat ini dikaitkan dengan keseronokan.

Perasaan keseronokan ini wujud adalah disebabkan rasa suka, gembira dan bahagia (selesa) dengan perkara yang dilakukan. Keseronokan inilah yang akan mempengaruhi sikap rajin atau malas, reaksi kita dan seterusnya akan memberi kesan kepada persekitaran dan juga kehidupan kita.

 

Tips Mudah & Pantas #2 – Tengok Rancangan Berbahasa Jepun Seperti Anime & Drama.

Anime bukanlah perkara yang asing lagi dengan Jepun. Dengan menonton Anime, anda mampu belajar bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas. Kenapa? Kerana kebanyakan anime menggunakan perkataan dan juga ayat yang ringkas dan senang difahami.

Oleh yang demikian, anda dapat mempelajari bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas. Tambahan pula, genre anime sangat meluas seperti sukan, kekeluargaan, fantasi dan sebagainya. Cuba pilih genre yang anda minat dan belajar bahasa Jepun dengan menonton anime.

 

Tips Mudah & Pantas #3 – Dengar Lagu Bahasa Jepun.

Tidak perlu untuk ke kelas bahasa Jepun untuk mendengar listening dalam bahasa Jepun. Hanya dalam masa 1 hari sahaja, anda boleh fasih bercakap bahasa Jepun. Cuba dengarkan 1 lagu dalam masa 1 hari, dan hayati melodi dan lirik lagu itu.

Jika boleh hafal lirik sambil menyanyi lagu Jepun tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan malahan akan membuatkan anda belajar bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas.

 

Tips Mudah & Pantas #4 – Cakap Dalam Bahasa Jepun.

Banyakkan bercakap dalam bahasa Jepun. Bercakap dalam bahasa Jepun akan menyebabkan anda belajar dengan Mudah & Pantas. Jangan malu untuk bertutur dalam bahasa Jepun kerana takut salah sebut atau takut diejek.

Cuba bercakap bahasa Jepun dengan keluarga, adik beradik atau kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama dalam bahasa Jepun dengan mereka. Selain dari anda dapat belajar bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas, anda juga dapat berkongsi minat & hobi yang sama dengan kawan anda.

 

Tips Mudah & Pantas #5 – Repeat! Repeat! Repeat!

Untuk belajar dengan bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas, anda hendaklah selalu mengulangi atau repeat bercakap dalam bahasa Jepun. Anda hendaklah selalu berlatih bercakap dalam bahasa Jepun kerana ‘Practice Makes Perfect’.

Okay, Selamat belajar bahasa Jepun. Ganbatte Kudasai!

 

https://www.youtube.com/watch?v=mE_MJipTfeA[/embedyt]

 

Jom belajar bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas di Cakap Jepun

 

 

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top