Asal Usul Ninja Secara Ringkas

Yosh minna, sesiapa yang pernah tengok siri anime Naruto pasti mengenali mereka sebagai ninja bukan?

Ninja yang juga dikenali sebagai shinobi merupakan pembunuh upahan semasa zaman feudal Jepun. Mereka telah dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti pengintipan, sabotaj dan juga pembunuhan secara senyap.

Mereka beroperasi secara rahsia dan selalunya klien mereka adalah dalam kalangan orang kaya dan juga tuan yang berkuasa.

Mereka juga mampu melakukan penyamararan untuk masuk ke kawasan musuh secara senyap-senyap. Ninja juga mempunyai puaknya yang tersendiri. Antara puak yang disebut dalam sejarah adalah Koga dan juga Iga. Ketua ninja digelar sebagai jonin. Jonin juga membantu untuk melatih ninja yang baru.

Senjata yang mereka gunakan adalah terdiri dari ninjato, bom asap, tekko, tanto dan sebagainya. Legasi yang mereka tinggalkan sehingga sekarang masih tidak ditelan zaman. Antara ninja yang dikenali adalah Hattori Hanzo, Jinichi Kawakami, Fuma Kotaro dan Ishikawa Goemon.

Ninja berpangkalan di kawasan gunung yang terpencil, dilatih menjadi ‘syaitan’ yang menakutkan musuh-musuh mereka. Golongan Samurai menganggap ninja sebagai golongan keji kerana mereka terkenal dengan serangan hendap.

Share Post Ini

Anda mungkin berminat baca

TERKINI

Scroll to Top