CAKAP JEPUN MEMPERKENALKAN: TRAINING KUASAI POTENSI DIRI PERCUMA
KUASAI TEKNIK JEPUN UNTUK LEBIH BERJAYA & BAHAGIA DI TAHUN 2022
Kita telah lalui hidup yang CUKUP MENCABAR di tahun 2020 & 2021. Tanpa perancangan yang betul, tahun ini juga berisiko menghimpit anda. Berikan masa & komitmen anda untuk saya curahkan segala teknik dari Jepun untuk anda BANGKIT DI TAHUN 2022
Kita telah lalui hidup yang CUKUP MENCABAR di tahun 2020 & 2021. Tanpa perancangan yang betul, tahun ini juga berisiko menghimpit anda. Berikan masa & komitmen anda untuk saya curahkan segala teknik dari Jepun untuk anda BANGKIT DI TAHUN 2022
Tiba masa untuk anda kuasai potensi diri!
80% mereka yang membuat Misi Tahun Baru GAGAL seawal minggu ke-2 bulan Februari...
Adakah anda termasuk dalam golongan ini?
Setelah melalui dua tahun yang cukup mencabar, ramai antara kita yang mahu jadikan tahun 2022 sebagai masa untuk berubah. Pelbagai azam dan misi yang disenaraikan untuk dicapai.
Malangnya, mengikut kajian majoriti manusia akan gagal capai misi hanya di bulan ke-2
Tetapi, berbeza di negara Jepun dimana hampir semua mereka berjaya untuk mencapai azam dan misi tahun baru mereka. Apakah rahsia yang membuatkan motivasi mereka begitu tinggi?
Terdapat banyak teknik dari Jepun yang menyebabkan mereka boleh berjaya dengan cepat
Antara teknik ini adalah Bushido, Ikigai, & Kaizen. Gabungan teknik ini yang membuatkan orang Jepun berjaya kuasai potensi diri & menghasilkan banyak produk berkualiti tinggi sama ada dalam bidang sains, teknologi dan seni seperti anime!
Dalam training ini, saya akan kongsikan kepada anda lima (5) teknik dari Jepun untuk anda cari dan kuasai potensi diri anda yang sebenar dan berjaya capai misi tahun baru.
USAHAWAN, PENCERAMAH MOTIVASI
DAN PAKAR PEMBANGUNAN MANUSIA
Sehingga hari ini, Tuan Haris sudah berkongsi pengalaman & mengajar tentang mindset Jepun kepada lebih 10,000++ individu termasuk pelajar sekolah, mahasiswa, corporate team & usahawan di seluruh pelusuk tanah air
FROM MACHINE ENGINEER TO HUMAN ENGINEER
Graduan dari Yamanashi University di Jepun dalam bidang ‘Mechanical System Design Engineering‘
Pernah bekerja sebagai Jurutera di Yokohama dan Ichinoseki, Jepun
Selami pelbagai falsafah & ‘mindset’ rakyat Jepun sepanjang berkelana di sana
Pulang ke Malaysia untuk berkongsi cara pemikiran Jepun kepada rakyat Malaysia
Menubuhkan Cakap Jepun dengan matlamat menjadikan rakyat Malaysia memiliki minda kelas pertama
Dan pelajari teknik-teknik kuasai potensi diri berikut
1) BUSHIDO MATRIX
Bushido adalah kod etika yang sangat dipegang oleh Samurai Jepun. ‘Training’ ini akan bantu anda tetapkan kembali prinsip dan kod-kod etika dalam kehidupan anda untuk capai kejayaan
2) STRATEGI IKIGAI
Antara perkara yang akan membuat kita bahagia adalah dengan membuat apa yang kita suka. Haris Sensei akan ajarkan anda bagaimana mencari titik pertemuan antara kehendak dan kemahuan dalam hidup
3) STRATEGI KEWANGAN KAKEIBO
Masalah utama yang sering berlaku kepada kita adalah gagal untuk urus kewangan dengan baik. Teknik Kakeibo adalah teknik pengurusan kewangan diri dari Jepun yang hanya memerlukan pen dan nota
4) STRATEGI KAIZEN
Faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang adalah samada dia mahu bawa diri ke arah lebih baik atau tidak. Strategi Kaizen akan mengajar anda bagaimana untuk tambah baik nilai pada diri
5) PEMBANGUNAN DIRI & SOKONGAN BERKUMPULAN
Fitrah manusia bukanlah untuk hidup bersendiri. Tanpaada sokongan daripada rakan seperjuangan, segala impian atau misi pasti sukar dicapai. Sertai kumpulan sokongan untuk sentiasa bermotivasi