Tuan Asnol Shahib Alwi adalah seorang kaunselor Bertauliah dan Berdaftar dengan Board of Counsellors Malaysia.
Merupakan pemegang Sarjana dalam Kaunseling pada 2015 daripada Open University Malaysia (OUM), Tuan Asnol memiliki pengalaman selama hampir 8 tahun dalam pelbagai aspek kaunseling. Dengan pengalaman dan latar belakang akademik yang cemerlang, beliau sering terlibat menghasilkan kajian akademik, career talk, team building, dan aktiviti membentuk kerjasama pasukan.
Sehingga kini, Tuan Asnol telah aktif membuat program motivasi di lebih dari 100 buah sekolah di seluruh Malaysia, sekolah antarabangsa, universiti-universiti awam juga badan-badan korporat. Beliau juga turut menyediakan khidmat kaunseling samada kepada individu, keluarga dan kaunseling berkumpulan.