Etika Makan Di Jepun

Setiap negara mempunyai adab dan etika tersendiri ketika menjamu selera. Mungkin bagi penduduk tempatan etika ini sudah diajar semenjak dari kecil lagi.
Tetapi sebagai pelancong yang hanya pergi ke sesuatu tempat pada tempoh terhad, amat sukar untuk kita kenal pasti etika yang betul.

Saya akan kongsikan etika dan adab yang betul ketika anda makan di restoran-restoran sewaktu pergi Jepun.
Semoga perkongsian ini dapat elakkan anda daripada dipandang serong ketika pergi Jepun.

Restoran Di Jepun Bukan Tempat Melepak

Kebanyakan restoran di Jepun memiliki ruang yang kecil dan sempit tidak seperti restoran di Malaysia.
Atas faktor ini maka etika yang terbaik adalah dengan tidak mengambil masa yang lama untuk menjamu juadah secara santai.
Ini kerana anda perlu fikirkan tentang mereka yang sedang menunggu giliran untuk makan juga.

Susun Pinggan Selepas Makan Perbuatan Salah?

Selain itu, antara perkara yang sering disalah erti adalah tindakan menyusun pinggan atau mangkuk setelah selesai makan.
Mungkin pada anda tindakan itu sangat baik kerana dapat memudahkan pekerja restoran untuk mengemas meja

Tetapi sebaliknya perkara tersebut membuatkan mereka terpaksa membuat kerja tambahan.
Contohnya jika terdapat baki kuah di antara mangkuk yang disusun, para pekerja terpaksa membawa dengan berhati-hati kerana risau kuah tersebut akan tertumpah.

Selain itu, mereka juga terpaksa membasuh tapak pinggan/mangkuk yang terkena minyak apabila disusun.
Mungkin anda berpendapat tindakan menyusun pinggan dan mangkuk adalah untuk mengelakkan meja penuh dan memudahkan menikmati hidangan.

Tetapi menurut Hiroyuki Iguchi-san yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai pelayan restoran, adalah lebih ideal jika pelanggan dapat membuat sedikit sahaja pesanan makanan dalam satu-satu masa tetapi secara kerap.

Menurut beliau juga langkah ini bukan sahaja membolehkan pelanggan menikmati hidangan yang masih panas, tetapi juga pelanggan boleh menyerahkan pinggan yang sudah kosong kepada pelayan sewaktu membuat pesanan baru.

Jadi, jika anda ingin singgah makan di restoran jenis ini semasa pergi Jepun, pastikan anda mengamalkan saranan ini untuk memudahkan urusan pelayan restoran ini.

Sumber asal: https://soranews24.com/2020/01/22/izakaya-etiquette-stacking-your-plates-after-eating-doesnt-help-waitstaff-in-japan/

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top