Fadhilah Sensei bawa Orang Jepun balik Kampung (Part 2)

 

Orang Jepung Balik Kampung (Part 2)

Aidilfitri Cakap Jepun

PART 2 : Try Puasa ?
[ Awas, post panjang ‼️]

Okay. Sebab ramai nak tahu, so Sensei sambung la cerita ya.

Kami balik 3 hari sebelum raya. So hari perjalanan balik kampung tu, mereka tak tahu sensei puasa hari tu. Baru nak naik kereta, Ami chan bagi sensei air laici . So sensei bagitahu yang sensei tengah puasa, dan sekarang still dalam bulan puasa.

Jadi perjalanan kami dari KL – Terengganu tu, sensei hanya berhenti untuk solat je di RnR. Waktu tu lah mereka beli biskut sikit dan makan pun dalam kereta je sebab segan.

Orang Jepun ni bagus sangat, menghormati budaya orang lain, walaupun ada je non-muslim/ budak2 lain yang tengah makan kat RnR tu, mereka tak nak makan sebab segan katanya, walaupun sebenarnya lapar sangat dah tu.

Perjalanan lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Terengganu. Sampai-sampai je, anak-anak saudara Sensei sambut beramai-ramai depan pintu.

Ami & Aoi ni pula excited tengok ramai budak-budak dekat rumah. Sebab dekat Jepun kan tak ramai budak-budak. Tapi budak-budak tu pula awal-awal mereka masih malu-malu lagi dengan Aoi chan & Ami chan. Tersengih-sengih je.

Petang tu, kami ke bazar Ramadhan Binjai Rendah. Boleh kata semua orang dekat bazar tu duk tengok kami. Yelah. Jarang kot ada foreigner dekat kampung ni.

Antara makanan yang kami beli, ayam golek, murtabak, puding karamel. Oh. Mereka ni suka sangat murtabak! Esoknya pergi bazar pun beli murtabak lagi. Balik KL, pergi kedai mamak pun order murtabak lagi.

Kemudian, balik rumah, bawa pusing keliling rumah pula. Tengok pokok-pokok sekeliling rumah. Nasib baik la mak ayah Sensei rajin tanam pokok keliling rumah. Boleh la introduce kat mereka.

Ayah Sensei tolong bawa pusing introduce pokok-pokokk ni pada mereka. Ada pokok kelapa, durian, rambutan, nenas, pokok pisang, mangga, manggis,gajus, tebu etc. Excited mereka dapat tengok pokok2 nii, sebab biasanya tengok buah2 ni yang dah siap potong, ready nak makan je.

Paling excited tengok pokok nenas. Katanya first time tengok buah betul!
Bila sensei fikir balik,mesti perasaan dia mesti sama macam kita kagum tengok pokok anggur, pokok strawberry, cherry kat oversea tu kan.

Kemudian petang tu, first time rasanya mereka minum air kelapa fresh dari pokok!

Malam tu, kami makan bersama ketika berbuka puasa, dan mereka kata esok nak try berpuasa full!

Yosh! So pagi tu, siap bangun sahur sama2 lagi pukul 5 pagi.

Kemudian, pagi tu, lepas je Subuh, Sensei ajak mereka pergi kutip telur itik dengan anak saudara Sensei di reban itik sebelah rumah.

Habis kutip telur itik, Sensei ajak buat aiskrim Malaysia pula. Kami buat aiskrim milo & bandung.

Haa macam senang kan buat aiskrim, tapi nak ikat cantik2 tu kena praktis juga.

Aiskrim ni untuk hari raya nanti, bila ada budak-budak datang beraya, terus bagi aiskrim. Senang kan? Oh, Aoi & Ami ni pun suka sangat makan aiskrim milo! Memang lepas raya tu, hari-hari pagi petang duk makan aiskrim tu.

Petang tu pula, kami keluar ke bandar Terengganu jalan2. Pergi tengok jambatan Terengganu yang baru siap, pergi Masjid Terapung & pantai Batu Buruk.

Mereka paling excited bila ke pantai, sebab pantai Terengganu kan cantik. Dan di Jepun, sebenarnya susah nak jumpa pantai. Jadi mereka sangat seronok bila dapat ke pantai tu.

Balik rumah, mereka terus flat sementara tunggu waktu berbuka. Sebab 1st day cuba puasa kan. Teringat anak Saudara Sensei yang baru-baru nak berlatih puasa pun macam tu.

Oh, waktu kami kat pantai tu, Aoi siap tulis atas pasir `断食、がんばる!` maksudnya `saya akan berusaha untuk puasa!`  comel betul. Nampak sangat dah lapar tapi still tabah lagi nak puasa even Sensei offer je makan kalau tak larat.

Sampailah waktu berbuka, memang nampak nikmatnya bila mereka dapat minum & makan!
Semua sedap katanya. Bertambah2 makan. Tahniah untuk hari pertama berpuasa! Dan alhamdulillah, rasanya mereka sangat suka makanan Melayu. Selain murtabak, mereka suka pulut panggang Terengganu juga.

Kemudian, Sensei tanya, “Esok nak cuba puasa lagi ke?”

“Yeah! Of course!”, jawabnya.
Sebab, dia nak rasa kesedapan berkali ganda waktu makan berbuka tu!

Sensei teringat hadis Rasulullah yang cakap, kegembiraan orang berpuasa ni ada 2, yang pertama ketika berbuka puasa. Dan yang kedua, ketika bertemu Allah nanti. Yang pertama tu, betul sangat lah kan.

Sampailah hari last puasa, dan hari kedua puasa utk mereka. Macam biasa, mereka bangun sahur bersama kami juga. So hari last ni tak keluar pun, sebab nak bersihkan rumah sebelum raya. Mereka pun tolong-tolong untuk masak dan buat aiskrim lagi. Kali ni aiskrim asam boi pula hehe.

Petang tu pula, waktu Sensei kemas2 rumah, tengok mereka keluar jalan berdua. Rupanya pusing kampung sendiri. Sampai ke hujung jalan, ada tempat orang jual akok. Mereka duduk kat situ tengok orang buat akok.

Akok kat situ dibuat secara tradisional tau, bakar guna arang dan sabut kelapa. Memang sedap. Bagus kan mereka ni, sebab pandai bawa diri jalan2 tanpa Sensei.

Dan hari last tu, kami berbuka dengan kambing masak kurma. Kalau tanya makanan paling sedap sepanjang kat Terengganu, mereka akan jawab yang ni la. Kambing masak kurma.
Dan yeah, mereka berjaya puasa 2 hari full tau!

Malam raya tu, kami main bunga api dengan anak-anak saudara Sensei. Oh, lupa nak cerita, dalam masa 2 hari tu, anak saudara Sensei semua dah kamceng baik punya dengan Aoi dan Ami. Mereka boleh main gelak-gelak siap pusing-pusing bagai walaupun tak boleh communicate sangat. Yelah, sorang cakap orang putih, yang budak2 ni pula cakap BM. Dah macam ayam itik.

Tapi Sensei amazed tengok budak2 ni, even bahasa tak sama, tapi masih boleh main sama-sama, dan faham antara satu sama lain. Kadang-kadang tergelak juga tengok, budak-budak tu tanya2 soalan pada Aoi & Ami dalam BM, macam la mereka faham.

So habis lah cerita 2 hari setengah di kampung, sebelum raya.
Kita sambung lagi 3 hari setengah selepas raya

Fuhh panjang nau karangan sensei ye. Lama tak mengarang rasanya

Terima kasih kerana membaca!

Kalau ramai baca sampai habis, ini sambungan PART 3 : Jom Raya!
#orangjepungbalikkampung
#cakapjepun

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top