Amaran : Post SUPER PANJANG!
Malam hari raya kedua tu, sensei bagitahu Aoi & Ami, esok kita ada majlis tunang. Terus mereka terkejut! “Eh sensei ke bertunang??!!” tanya mereka.
Sensei jawab,
“Watashi……..jyanai desu” ( saya…….. bukan ) Hampir melompat mereka ingatkan sensei yang nak bertunang.
Sebenarnya memang rezeki mereka. Datang waktu ada majlis pertunangan orang dalam kampung tu. Sempat la sensei borak2 dengan mereka cerita tentang majlis merisik,tunang & kahwin untuk orang islam.
Kata mereka, kalau di Jepun, tak ada majlis bertunang pun. Lelaki propose, dan kalau wanita tu accept, tu kira tunang la. Bila sensei explain tentang konsep tunang kita, mereka cakap ”chanto shiteru ne” (memang jaga betul2 ya).
Yelah, sebab kiranya tunang ni ikatan antara family juga kan.Sensei cakap yang majlis tunang ni,majlis kecil2 je dan family lelaki dan perempuan sahaja yang datang. Tak jemput ramai2 sangat pun.
Dan malam tu, kami bertiga borak panjang, duduk di meja makan, sambung lagi borak di luar sambil makan aiskrim milo. Cerita tentang kehidupan, tentang islam,tentang Jepun, tentang belajar, kahwin dan macam2 laa.
Pagi raya ke tiga, lepas siap2, breakfast semua, kami pun pergi ke tempat majlis tu. Waktu tu rombongan lelaki belum sampai. Kami pun duduk dulu di ruang tamu, dekat dengan pelamin ambil gambar. Sempat bergambar dulu tanpa pengantin????
Semalam kan, sensei beritahu mereka, majlis ni kecil-kecilan je. Tak ramai pun yang datang. Tapi tak ramai bagi kita tu….sebenarnya.. sangat ramai bagi mereka!
Tak lama lepas kami sampai tu, datang rombongan lelaki. Masuk ke tempat kami duduk tu.
Oh macam ramai ni, kata mereka. Eh tak habis lagi? Eh ada lagi!
Biasa la kan, mesti la semua nak duduk kat tengah tu. Nak tengok pengantin nanti. Sampai bersempit-sempit juga la kami. Kemudian Aoi & Ami kata pada sensei, ni bukan kecil-kecilan ni sensei. Ramai nii????
Sensei tak tahulah kalau mereka datang waktu kenduri kahwin, mesti terkejut tengok tetamu yang datang.
Katanya kalau di Jepun, untuk majlis kahwin, tetamu yang datang dalam 50 orang je. Mereka cakap 50 orang tu pun dah dikira ramai.
Maka bermula la sesi perbincangan lelaki & perempuan. Tak lama sangat pun. Kemudian upacara sarung cincin dan bergambar.
Yang kelakarnya, lepas habis bergambar semua tu, kami pun ke luar untuk makan. Waktu kami makan, ada beberapa orang ahli keluarga dari pihak lelaki ni yang tegur sensei dan tanya Aoi & Ami ni dari mana. Sensei pun explain la, belajar di KL, datang beraya di sini bla bla.
Sedar-sedar dah ramai kerumun, siap interview lagi Aoi & Ami ni. Lepas tu beratur nak ambil gambar pula. Eh siapa bertunang ni? dah jadi macam majlis mereka pulak????????
Yang menariknya, ada antara mereka yang tanya-tanya tu, rupanya belajar Bahasa Jepun di universiti. Bila sensei cakap sensei mengajar di Cakap Jepun, rupanya dia tahu kelas Cakap Jepun ni.
Habis sesi interview,kami pun nak undur diri, tapi sampai ke pagar pun ada orang nak bergambar lagi dengan Ami & Aoi ni. Memang macam artis betul la????
Kemudian, kami menuju ke Padang Midin pula sebab ada kawan sensei ajak ke open house rumah dia. Alang-alang boleh sensei bawa mereka merasa open house hari raya kan. Kat situ, makan ( lagi! ) nasi arab pula. Dan sate ikan. Haa ni first time mereka makan sate ikan. Tapi nampaknya macam mereka lagi suka sate biasa.
Habis open house, kami pun pulang ke rumah. Petang tu ada student yang datang beraya rumah sensei, so boleh la praktis #cakapjepun dengan Aoi & Ami. Student nya seorang je, tapi datang dengan adik-beradik 4 orang, dan yang bestnya, semua adik beradik tu minat Jepun dan boleh cakap beberapa words Jepun. Katanya kat rumah kadang-kadang buat study group,sama-sama belajar Bahasa Jepun (sambil tengok drama Jepun). Kagum sensei dengar????. Semangat mereka nak belajar #cakapjepun
Malam tu pula, merupakan malam last sebelum balik ke KL esok. Waktu makan malam pun mereka cakap, `korewa torengganu de no saigo no dinner desune..` ( ini last dinner kita di Terengganu la ye ). Malam tu mak sensei masak ikan masak kicap. Mereka suka sangattt ikan masak kicap ni, sebab tak pedas kot. Tapi memang selera betul makan. Segan2 nak tambah lagi nasi hehe.
Habis makan nasi, macam biasa, sambung makan aiskrim milo pula????
Esok, pagi terakhir di Terengganu. Sempat makan nasi goreng dulu untuk breakfast sebelum bergerak balik ke Kuala Lumpur.
Oh ya, Anuar sensei pun balik sekali bersama kami, jadi pagi tu Anuar sensei datang beraya rumah sensei sebelum kami bertolak pulang ke KL.
Waktu nak balik dan bersalam-salam dengan makcik, sepupu, nenek sensei, soalan yang sama je di tanya pada Aoi & Ami, “when are you coming again to Terengganu?” Nenek sensei pun tanya juga, tapi dalam BM “bila nok mari puloknya?” terkebil-kebil mereka berdua sebab tak faham????
Sempat la sensei translate sikit. Insya Allah next time sensei bawa balik kampung lagi ya. Tak pun, sensei hantar korang berdua balik naik bas ajaa????
Waktu balik tu juga, mereka dapat banyak duit raya. Dari nenek, mak saudara dan mak ayah sensei pun bagi mereka duit raya. Seronok sangat mereka berdua. Sempat bergambar dengan family sensei.
Waktu salam dengan mak sensei, mereka cakap ` I love you! ` Alaaa, comel sangat dua orang ni. Sedih pula nak balik KL. Mereka cakap mak sensei “THE BEST CHEF!”. Haa tengoklah mak siapa. Eh. ????
Oh ya, waktu sebelum raya tu, sensei dah explain tentang budaya kita bersalam.Sebab orang Jepun kan tak bersalam. Mereka `bow` sahaja. Jadi,sensei explain dengan siapa boleh salam dan siapa tak boleh salam. Nasib baik tak ada lelaki2 mengada-ngada nak bersalam dengan Ami & Aoi. Kalau tak, kena piat je dengan sensei ????
Tapi, satu benda yang sensei lupa explain awal-awal, tentang cium tangan orang yang lebih tua. Sebab, ada waktu yang salam dengan makcik-makcik, makcik tu suakan tangan untuk mereka cium. Terpinga-pinga juga mereka awal tu, kemudian sensei explain, kalau orang lebih tua, better cium tangan tanda hormat. `aa..soudesuka..`( oo ye ke..)
Selesai bergambar dan bersalam-salaman, kami pun bergerak memulakan perjalanan. Sempat lagi singgah beli keropok lekor dan makan di tepi Pantai Kelulut. Sengaja sensei bawa ke pantai kali terakhir sebelum balik KL. Yelah,nanti sampai KL dah susah nak cari pantai kan..
Seronokk bergambar dan makan kepok kat pantai. Lebih kurang setengah jam lepas tu, kami sambung perjalanan ke KL.
Tapi ada lagi pitstop. Singgah rumah saudara di Kemaman untuk majlis aqiqah + open house raya. Kami sampai lambat sikit so tak sempat nak tengok aqiqahnya. Sempat makan je. Kat situ pun Aoi & Ami dapat duit raya lagi yeay!
Antara benda yang mereka kagum juga, banyaknyaaa makan free time raya nii ???? Mereka kata, kat Jepun memang tak ada sangat budaya menjamu orang makan.
Perjalanan ke KL jammed! Orang dah mula balik dari kampung selepas raya. Sampai ke KL, sensei hantar Nuar sensei ke Kajang dulu, kemudian kami bertiga singgah makan di mamak.
Mereka order murtabak lagi! Dan mereka pun suka makan di mamak sebab sedap dan paling penting murah! ????
Habis makan dan berborak, sensei pun hantar mereka berdua balik ke rumah di Damansara. Pukul 11 malam juga baru mereka sampai rumah. Kami bersalam-salaman dan sensei bagi duit raya last pada mereka untuk raya kali ni! ☺️
Bagi sensei, mereka ni sangat bagus dan berani mencuba perkara baru. Muda lagi, baru habis high school di Jepun, tapi decide untuk sambung belajar di luar negara, seorang diri. Mereka datang sini tanpa kenal sesiapa.
Insya Allah, harapnya mereka seronok dan dapat belajar sesuatu raya kali ni. Ada rezeki, nanti sensei bawa lagi!
Dan, alhamdulillah, pengalaman baru untuk sensei juga. Bawa orang luar balik beraya di kampung kita. Banyak juga perkara baru yang sensei belajar.
Lepas ni insya Allah sensei akan cuba sharekan apa perkara yang kita kena `take note` kalau nak bawa orang Jepun ke tempat anda ya.
.
.
.
Arigatou gozaimasu kerana baca cerita #orangjepungbalikkampung!
Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca ya! Dan jangan lupa share ya! ????
.
.
Siapa yang baca full cerita #orangjepungbalikkampung Part 1- Part 4, komen
“ WATASHI!! ”
terima kasih! Anda memang POWER! ????????????????