Mempelajari sesuatu yang baru terutama menguasai bahasa baru adalah sangat digalakkan dan banyak artikel dan kajian yang membuktikan belajar bahasa ketiga akan menjadikan seseorang itu lebih hebat dari dalaman dan luaran.
Cuma ramai orang menghadapai masalah untuk menguasai bahasa ketiga ini. Artikel ini khas kepada anda yang ingin menguasai atau sedang belajar atau pernah putus asa untuk menguasai Bahasa Jepun.
Selepas kami mendidik beribu-ribu orang untuk mengusai Bahasa Jepun dengan mudah dan pantas, kami mendapati masih ramai yang tidak tahu bagaimana nak kuasai Bahasa Jepun dengan baik disebabkan oleh pelbagai faktor.
Secara ringkasnya ada 5M, yang perlu anda tahu sebelum anda mula belajar Bahasa Jepun. 5M ini adalah masalah-masalah WAJIB yang sering dihadapi oleh pelajar.
5 “M” YANG MENYEBABKAN ORANG GAGAL KUASAI BAHASA JEPUN
#1: MAN
Ramai orang ingin menguasai Bahasa Jepun tetapi susah disebabkan tidak ada 2 jenis MAN yang betul. MAN yang pertama ada Sensei yang betul. Ramai orang belajar dengan orang yang salah sehingga mereka susah nak menguasai bahasa tersebut. Kami di CakapJepun sering mendapat panggilan untuk mengajar di pelbagai tempat dari peringkat sekolah, universiti, syarikat korporat dan sebagainya disebabkan oleh kredibiliti sensei-sensei di CakapJepun yang kami nilai dan latih secara berkala.
MAN yang kedua adalah kawan atau circle. Ramai orang cuba menguasai Bahasa Jepun seorang diri. Akhirnya tidak berjaya dan patah semangat. Oleh yang demikian, kita memerlukan orang-orang yang sama minat dan sama misi dengan kita untuk kuasai Bahasa Jepun bersama. Bila ada kawan yang serasi, kita akan lebih bersemangat dan ada support system yang kuat untuk kita berjaya.
#2: MINDSET
Baik, seterusnya adalah MINDSET. Ramai yang bermula tapi tidak tahu proses pembelajaran. Setiap level dan umur perlukan proses pembelajaran yang berbeza. Oleh kerana itu, kami tidak gabungkan kelas dewasa dengan kanak-kanak kerana teknik pengajaran akan berbeza.
Mindset belajar bahasa baru adalah kita perlu tahu kita tidak boleh mengharapkan kelas sahaja. Menurut Zag Ziglar, pakar pembangunan manusia berkata:
“Repetition is the Mother of Learning, the Father of Action, which makes it the architect of accomplishment.” Jangan malas untuk ulang banyak kali perkara atau ayat sama. Pastikan kita sentiasa konsisten untuk mengulang semua perkara yang kita sudah pelajari.
#3: MACHINE
M yang ketiga adalah MACHINE. Hari ini, ramai orang yang sangat suka dengan gadjet atau teknologi. Jadi, menjadi sesuatu yang sangat bagus jika kita boleh belajar dengan menggunakan teknologi seperti belajar Bahasa Jepun melalui CakapJepun Online Academy.
Sedar atau tidak, setiap hari kita banyak mendapat maklumat baru dan belajar perkara baru di online seperti melihat video YouTube, membaca blog seperti yang anda lakukan sekarang dan consume perkara baru di media sosial. Siapa setuju? Kalau setuju angguk sikit.. hehe.
Disebabkan itu, sangat penting untuk selarikan cara anda belajar dengan cara anda consume ilmu baru setiap hari supaya anda tidak rasa seperti tengah belajar tapi sebenarnya otak anda sedang bergerak dan mengingati data itu. Best kan? Belajar tanpa sedar!
#4: METHOD
Masalah seterusnya adalah METHOD atau cara pembelajaran. Ramai orang tidak tahu macam mana nak kuasai bahasa dengan cepat dan betul sebab sudah terbiasa dengan teknik atau silibus lama.
Cuba kita imbau kembali, semasa kita kecil dulu, adakah kita belajar bahasa yang kita gunakan untuk bertutur hari ini dengan mengingati tulisan dahulu? Atau kita main cakap je, betul atau salah itu belakang cerita. Siapa setuju kita cakap je dulu?
Sebab itulah di CakapJepun (CJ) kami sangat tekankan untuk pandai bercakap dulu, salah tatabahasa no problem! Yang penting confident nak bercakap. Secara semulajadi anda akan kuasai Bahasa itu.
Mulakan dengan cakap Jepun, baru Baca Jepun dan Tulis Jepun. Boleh?
#5:MATERIAL
Seterusnya dan yang terakhir adalah MATERIAL yang dipilih untuk belajar Bahasa Jepun.
Ada banyak bahan untuk belajar Bahasa Jepun ini. Tapi di CJ, kami gunakan bahan pengajaran yang berwarna warni, kita kena jadi budak kembali untuk cepat kuasai bahasa.
Material yang digunakan mestilah ada secara fizikal dan support system secara online. Gabungan integrated learning ini akan menghasilkan kesan yang lebih baik dan cepat! Cuba cari material itu, di Cakap Jepun kami gunakan sistem dari MARUGOTO ditambah dengan method penggunaan dan material yang betul. Sebab tu banyak kisah kejayaan student kami yang sangat best!
Jadi sebelum mula belajar Bahasa Jepun, pastikan check 5M ini dulu ya. Kalau susah sangat hubungi sahaja team cakap Jepun, kami akan bantu anda dengan kelas terbaru kami secara online!