Jika Miliki Kenderaan Di Jepun, Ambillah Insurans Jika Tak Mahu Jual Buah Pinggang

Pertama sekali, ingin saya terangkan insurans untuk kereta di sini terbahagi kepada dua :

1. Mandatory Vehicle Liability Insurance (強制保険 @自賠責保険): wajib, harga tak mahal sangat, cover medical sahaja
2. Optional Insurance (任意保険): harus, boleh cover bermacam2 dari kemalangan, medical, dan lain2 (bergantung pada jenis pakej), harga agak mahal (bergantung kepada jenis kereta dan lesen)

Ceritanya, tanggal 22 September 2018, saya mengalami kemalangan yang agak teruk. Kereta total lost. Akira berusia 10 minggu di dalam perut. Kesilapan besar kami ialah kami tidak melanggan Optional Insurance. Kalau kat Nagoya ni jarang sangat lah orang langgan insurans tu, kami pun fikir tinggal di Jepun sementara saja insyaAllah selamat kot. Sepatutnya kami “expect the unexpected”. Akibatnya, urusan kami menjadi sangat payah dan complicated seperti mahu mendaftar kerakyatan di planet Marikh. Yelah, kalau nak langgan Wifi pun urusan macam nak beli rumah (kena dengar contract dalam 30 minit dan sign), apatah lagi kalau kemalangan yang melibatkan puluhan ribu ???? Urusan rasmi kat Jepun ni, sangat leceh dan mungkin sebab itu sistematik dan data dalam sistem semua up to date.

????HARI KEJADIAN????

Kemalangan terjadi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Macam mana boleh jadi tu taknak cerita panjang. Mungkin dua2 pihak ada salahnya.

Sejurus selepas berlaku pelanggaran, saya terus keluar dari kereta dan menuju ke pihak opponent untuk memastikan dia tidak cedera. Dia okay saja cuma sakit pinggang. Kemudian barulah saya menelefon suami saya. Sebelum tu kereta polis dah datang beramai2. Yang peliknya, ada dekat 7 orang polis datang dekat saya untuk tanya soalan sama (nama, alamat, lesen memandu, Residence Card dll). Apakah kejadahannya. Tak tahulah tu SOP mereka atau semua nak berebut jadi Detective Conan atau semua excited sebab ada kes.

Cakap Jepun

Keadaan kereta selepas bertembung kereta hadapan

Cakap Jepun

Habis semua airbag keluar

Beberapa minit selepas tu suami saya dan rakan karibnya, Dr.Muhyiddin yang kami anggap seperti keluarga kami tiba di tempat kejadian. Opponent saya memandu kereta yang disewa. Wakil syarikat kereta yang disewa juga hadir. Melihat kepada keadaan keretanya yang musnah kebanyakan di bahagian belakang, dia memberitahu kos yang dikenanakan terhadap saya mungkin 1juta¥ (Rm40k). ????

Cakap Jepun

Surat perjanjian insurans kereta

Salah seorang daripada polis menyapa saya. “Awak nak ke hospital? Saya akan call ambulans”. Pada waktu tu diri sendiri sihat saja, tapi fikirkan nak check baby tu pergilah hospital. Dalam ambulans, driver tu call 3 hospital untuk tanya nak terima tak kes emergency ni dan hanya 1 yang menerima. Saya tak faham kenapa kena minta kebenaran dan ada yg tolak pulak tu. Kalau parah dah mati dulu agaknya sebelum dapat permission. Tapi husnuzon saja, mungkin sebab kes tak berat.

Sampai di hospital, doktor cek ringan2 diri saya dan scan baby. Syukur sangat masa tu Akira masih gerak-gerak lambai tangan. Hebat betul kuasa Allah.

Ketika waktu pembayaran, pihak hospital bertanya kepada saya nak bayar guna insurans apa. Selain dari bersalin, National Health Insurans (insuran wajib bagi penduduk Jepun) juga tak cover sakit akibat kemalangan, malah bil akan digandakan 200%! Sape suruh kau accident. Hospital memberi saya sebulan untuk deal dengan mana2 syarikat insurans yang saya langgan dan memberi kata putus. Pada waktu tu saya tidak mengetahui berapa kos dikenakan oleh hospital.

Baru nak bertenang, polis tiba di hospital untuk interview saya. Saya dan suami dibawa ke balai untuk memberi keterangan. Merasa juga naik kereta polis. Haha

Hari sudah malam dan kami pulang ke rumah. I pretend to be as cool as cucumber (teringat ayat SPM dulu). Padahal, dalam hati hanya Allah yang tahu. Hampir tidak dapat tidur malam tu memikirkan mana nak cekau Rm40k. ????Tapi suami selalu memujuk dan meyakinkan saya bahawa kes itu belum tamat dan belum mencapai kata putus.

????WORKERS’ ACCIDENT COMPENSATION INSURANCE (労災保険)????

Esoknya, saya bekerja seperti biasa. Kerani (Puan Aminah binti Sigeragar) memberitahu saya supaya minta bantuan boss untuk handle menggunakan insurans company memandangkan ia berlaku dalam perjalanan ke tempat kerja. Belum sempat saya memberitahu sendiri, saya mendengar Puan Aminah sudahpun memberitahu bagi pihak saya :’). Petang tu juga, En. Marzuki Matsumoto, peguam syarikat datang untuk berjumpa dengan saya. Pantas betul. ???? Saya diberitahu insurans ini hanya cover medical, bukannya kerosakan kereta.

En. Marzuki berusaha untuk membantu saya dari memuat turun borang yang berpuluh helai, menelefon semua pihak, sampai isi borang pun dia bantu untuk urusan pembayaran hospital. Borang nya siap kena buat karangan “how accident happened” sekali gambar rajah sekali tuu. Bukan tu sahaja, ia memerlukan medical certificate (診断書) tentang kecederaan disebabkan kemalangan.

Berkenaan MC, saya menelefon pihak hospital sekiranya saya boleh wakilkan suami untuk mengambilnya, malangnya tidak walaupun rekod ada je dalam komputer. Jadi terpaksalah cuti lagi. MC tu siap dalam masa seminggu dan harga (bukan free ya) MC yang menggunakan dua helai kertas A4 itu adalah 7000¥ (Rm300). Ada MC, boleh lah submit borang.

Selepas 2 minggu borang dihantar, En. Marzuki menelefon saya dan memberitahu… Jeng Jeng Jeng…..REJECTED ❌ Alasannya adalah kerana kecederaan saya sangat ringan. ???????????? Syarikat insurans tersebut menasihati saya supaya berurusan dengan Mandatory Vehicle Liability Insurance (no.1 dalam keterangan di awal karangan)

Complicated kan? Tenang saja lah dengan SOP mereka ????

????MANDATORY VEHICLE LIABILITY INSURANCE (自賠責保険) ????

En. Marzuki tidak membiarkan saya begitu sahaja :’) Walaupun urusan saya berkaitan insurans company telah tamat, dia masih membantu. Masih seperti biasa, download borang, call sana sini, sehinggalah borang selamat dihantar. Dia malah call pihak hospital untuk meminta dipanjangkan tempoh. Kalau ikutkan, ia sudah menjadi urusan personal saya.

Selepas bermusyawwarah, syarikat ini memberitahu permohonan lulus tetapi konsep “pay & claim”. Saya perlu ke hospital untuk membayar semua kos yang dikenakan terlebih dahulu. Kos pemeriksaan oleh doktor terhadap saya dan scan baby rupanya bernilai 30000¥ (Rm1200).  Kos ini boleh dituntut bersama harga MC tempoh hari dan gaji yang ditolak disebabkan cuti.

Rasa lega bila kes hospital dah selesai. Masa ni kandungan dah berusia dalam 5 bulan rasanya.

Okaylah, at least dah selesai bab bil hospital. Macam mana dengan kerosakan kereta?

PANGGILAN YANG MENYERAMKAN

Saya masih tidak merasa tenang selagi tiada tuntutan dari opponent. Rasa macam ada beban hutang atas bahu ni. Sampai lah perut dah besar, akhirnya ada panggilan dari syarikat 任意保険 (optional insurance) yang dilanggan oleh pihak lawan.

“Salam cik, saya dari bla3. Untuk pengetahuan awak, kami dah baiki kereta dan kos yang dikenakan adalah 1juta¥ (Rm40k)”

“????????????????……”

“Jadi berapa cik boleh bayar?”

Bukan tak nak fight, tapi memang susah. (Sebenarnya saya skip banyak cerita untuk mengelakkan pembaca tertidur). Pendek kata, kalau kena bayar 500000¥ (Rm20k) pun saya dah bersyukur sebenarnya. Jadi..

“Maaf cik, saya boleh bayar 200000¥(Rm8k) je”

“Okay cik, nanti saya email procedure seterusnya”

Sejak haritu, saya masih pelik, kenapa begitu senang? Ada beberapa kawan yang terlibat dalam kemalangan, tak kurang dari 300000¥(Rm10k) walaupun hanya tercium bontot kereta depan disebabkan tayar licin pada musim salji.

Adakah scam? Atau permainan apakah? Tapi kalau betul, rugi tak cakap boleh bayar 10000¥ je. Haha. Apa pun, dua minggu sebelum due date bersalin (lama kan kes ni ????), saya memang jumpa dengan peguam mereka untuk sign dokumen.

Dokumen tersebut mengatakan saya salah 100% dan dua2 pihak bersetuju saya hanya bayar 20%. Suami paksa saya untuk fight supaya ayat itu digugurkan. Marah betul dia katanya ini hanya permainan. Akhirnya ayat itu dipotong selepas berdebat seperti itik dengan serati di Cafe Komeda.

Saya diberi masa untuk melangsaikan bayaran tersebut dua minggu selepas bersalin. Bayangkan saya sudah pun menghabiskan 340000¥ untuk bersalin (jika anda membaca post sebelum ini). Nasib baik tak meroyan je haha.

Selesai bab kereta. Macam mana kesudahan bil hospital yang “pay & claim” haritu ya? Akhirnya semasa Akira berumur 5 bulan, Mandatory Insurance (自賠責保険) memasukkan 80000¥(Rm3200) ke dalam akaun saya untuk membayar semula bil hospital dan cover gaji hari cuti disebabkan kemalangan. Alhamdulillah.

????AKHIRNYA SELESAI????

Kes nightmare dalam hidup saya akhirnya selesai. Dari Akira sebesar 1 cm dalam perut sehingga lah waktu berpantang.

Untuk pengetahuan, saya skip banyak cerita dalam karangan ni. Contohnya cerita scene perlu ke tengah2 jalan bersama polis dan tunjuk kat mana kereta tu berlanggar (benda jadi dalam 0.03 saat mana lah nak ingat kan), pergi ke Nagoya International Center untuk consult dengan peguam, berkali-kali ke balai polis, perlu isi borang yang sama 3-4 kali, temujanji dengan penyiasat kemalangan dan lain2. Lagi pun ia berlaku setahun yang lalu jadi banyak juga yang lupa.

Akibat kesilapan kami, sangat susah untuk handle kes dan berkomunikasi bila satu pihak adalah manusia dan satu pihak adalah alien. Kalau langgan Optional Insurans tu, semuanya dilakukan oleh peguam seperti mana pihak lawan lakukan. Tapi, kami perlu deal semuanya sendiri dengan peguam pihak lawan. Procedure sebenar, kalau dua2 pihak tak mencapai kata putus barulah kami ke court (裁判), kat sini lah baru digunakan peraturan bayaran berdasarkan peratusan kesalahan.

Tambahan pula, pada minggu kejadian, kami sebenarnya dalam proses pemindahan rumah. Syukur ada beberapa warga Nagoya membantu kami berpindah dengan menggunakan kereta & kudrat mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga di Malaysia yang support dari segi mental dan kewangan, kawan2 yang bantu berpindah, melawat, bertanya khabar, Dr. Muhyiddin yang memberi pinjam kereta lebih kurang dua minggu sebelum kereta baru dibeli, supervisor suami, boss tempat kerja, kerani, peguam syarikat, rakan2, binatang peliharaan ????, dan semua (yang tak disebut maafkan saya). You know who you are ????

????PENGAJARAN????

1. Seperti dalam tajuk

2. Hidup di perantauan walaupun nampak indah bergambar di bawah Sakura, semetinya ada ujiannya. Hatta di Malaysia sekali pun. Semua orang pasti ada ujian masing-masing. Tapi ingat lah Allah sentiasa ada. Sepayah-payah ujian ini, Allah hadirkan insan2 yang disebut di atas ????untuk membantu.

“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” [94:5]

Kalau bukan kerana Dia, siapa lah yang melembutkan hati pihak opponent untuk membenarkan saya membayar berapa sahaja yang saya mampu tanpa penyiasatan terperinci?

3. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selepas kes saya, ramai warga Malaysia di Nagoya mula melanggan Optional Insurans buat kali pertama. Dan saya harap dengan pos ini mereka yang berada di luar Nagoya pun turut melanggan. ????

Mungkin juga ia menjadikan kami suami isteri lebih matang, kemahiran berkomunikasi dan berdikari. Future employer, please notice me ????????

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Dah kalau alien tu, mesti ada layanan yang lebih kurang. Tapi tak dinafikan yang membantu lebih banyak.

Sekian, nukilan untuk kali ini. Terima kasih yang sudi membaca.

Pergi pekan Manukan untuk membeli ikan haruan,
Nukilan bukan sekadar nukilan tapi untuk pengajaran.

Kisah ini adalah pengalaman Eleen Eleeda di Jepun

 

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top