Seminar KICKSTART adalah kelas WAJIB yang dihadiri sebelum menyertai kelas di Cakap Jepun. Seminar KICKSTART merupakan kelas pengenalan (Kelas Preview) supaya anda dapat merasai sendiri suasana kelas dan cara pembelajaran dan pengajaran di Cakap Jepun.
Anda WAJIB hadir ke Seminar KICKSTART untuk merasai sendiri suasana kelas & dapat membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pembelajaran bersama Cakap Jepun atau sebaliknya.
Kelas akan bermula 1-2 minggu selepas KICKSTART diadakan. Anda perlu hadir ke KICKSTART dahulu untuk book seat anda & selesaikan bayaran booking yang superb MURAH!
Di Cakap Jepun, kami menitikberatkan pelajar untuk yakin dan fasih bercakap Jepun. Kami menggunakan silibus berdasarkan buku teks Marugoto yang dikeluarkan oleh Japan Foundation. Buku akan diberikan secara percuma bersama dengan handout dan juga buku tambahan yang lain.