Koyo: Keindahan Musim Luruh di Jepun

MUSIM-MUSIM DI JEPUN

 

Jepun mempunyai 4 musim setiap tahun iaitu, Haru, Natsu, Aki dan Fuyu.
Setiap musim mempunyai daya tarikan tersendiri yang akan membuatkan anda jatuh cinta pada Jepun setiap kali musim berubah.

 

Aki (秋)

Aki bermaksud ‘Musim Luruh’. Aki merupakan musim ke-2 paling popular di Jepun selepas Haru, iaitu Musim Bunga.
Anda pasti akan terpegun melihat ‘warna’ Musim Luruh di Jepun, daun-daun hijau berubah menjadi merah, coklat, oren, emas dan kekuningan, suasana yang redup dan iklim yang selesa untuk melakukan aktiviti luar.

 

Koyo atau Momiji (紅葉)

Koyo atau Momiji bermaksud daun luruh, merupakan daya tarikan pada musim luruh sama seperti bunga sakura pada musim bunga.
Daun luruh ini boleh dilihat bermula dari pertengahan bulan September daripada Hokkaido sehingga akhir bulan November di selatan Jepun iaitu Kyushu.
Boleh klik link sini untuk melihat ramalan daun luruh di Jepun: Japan Autumn Forecast 2017

 

Tempat Menarik Untuk Melihat Daun Luruh

Berikut adalah 5 tempat yang menarik untuk melihat koyo di Jepun:

 

1) Meiji Jingu Gaien Stadium

Ini adalah salah satu tempat yang terbaik untuk melihat daun luruh di Tokyo.
Terdapat 146 pohon ginkgo di sepanjang laluan ini, dan membuatkan anda berjalan melalui terowong emas.
Anda boleh berjalan menikmati permandangan dan juga membeli-belah di kedai berhampiran.
Akses: 5 minit berjalan kaki dari Stesen Shinanomachi (JR) atau Stesen Gaienmae (Tokyo Metro)

2) Lakeside of Kawaguchiko, Gunung Fuji

Tempat ini sangat indah terutamanya pada waktu malam apabila lampu-lampu dipasang di sebalik pokok-pokok berlatar belakangkan Gunung Fuji.
Akses: Bus (Oishi Petit Pension Mura) dari Stesen Kawaguchiko ke Hirose Kubota Ichiku Bijutsukanmae (20 minit)

3) Kyoto

Terdapat banyak temple di Kyoto seperti gambar di atas adalah suasana musim luruh di Kiyomizudera.
Daun Merah adalah salah satu daya tarikan di tempat ini pada musim luruh.
Akses: Bus dari Stesen Kyoto (15 minit)

4) Nikko

Nikko mempunyai banyak spot untuk melihat koyo.
Irohazaka, Toshogu, Kegonnotaki, dan lain-lain, banyak tempat yang berdekatan yang boleh berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Akses: Stesen Nikko (JR)
Klik Sini

5) Hakone

Anda pasti tidak dapat melupakan pengalaman menaiki kereta api Hakone Tosan sambil menikmati pemandangan ynag indah dan menakjubkan.
Akses: Stesen Odawara

Banyak lagi tempat yang menarik yang anda boleh lawati untuk menikmati suasana musim luruh ini.
Jika anda ke Jepun, jangan lupa untuk merancang perjalanan anda agar tidak terlepas untuk menikmati musim luruh ini.

p/s: Gambar credit kepada Google 🙂

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top