Kyou Wa Nanyoobi Desuka?

Belajar Hari Dalam Bahasa Jepun

 

Ohayoo gozaimasu!

Jom Benkyo!
(Jom belajar!)

Untuk #jombenkyo harini sensei nak share tentang ‘hari’ dalam Bahasa Jepun. Yang menariknya, setiap hari dalam Bahasa Jepun ni membawa maksud yang tersendiri. Dan maksud tu adalah elemen2 alam. Haaa menarikkan?

Jom kita belajar sebutan ‘hari’ dalam Bahasa Jepun dan juga, apakah maksud di setiap hari tu.

GETSUYOOBI
Hari Isnin
Membawa maksud ‘bulan’ ????

KAYOOBI
Hari Selasa
Membawa maksud ‘api’ ????

SUIYOOBI
Hari Rabu
Membawa maksud ‘air’ ????

MOKUYOOBI
Hari Khamis
Membawa maksud ‘pokok’ ????

KINYOOBI
Hari Jumaat
Membawa maksud ‘emas’ ????

DOYOOBI
Hari Sabtu
Membawa maksud ‘tanah’ ????

NICHIYOOBI
Hari Ahad
Membawa maksud ‘matahari’ ☀️

Seterusnya, kalau nak tanya,
‘hari ini hari apa?’

soalannya adalah :
‘KYOO WA NANYOOBI DESUKA?’ ????

okay, cuba anda jawab soalan sensei tu di ruangan komen di bawah.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top