Lagu Jepun Bertemakan Bunga Sakura

Menjadi kebiasaan buat komposer untuk mengambil ilham bagi menulis lirik bersumberkan alam semulajadi, terutamanya bunga.
Jika di Malaysia kita ada lagu-lagu seperti Seroja, Teratai, Mawar Merah dan lain-lain.

Kebiasannya lagu-lagu yang bertemakan bunga ini adalah untuk menggambarkan perasaan cinta dan kecantikan kepada seseorang.
Begitu juga di Jepun, komposer di sini juga banyak mengambil elemen alam dalam lagu mereka.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi sebuah lagu yang bertemakan bunga sakura.
Lagu yang saya maksudkan adalah ‘Sakura no Hanabiratachi’ yang bermaksud Kelopak Bunga Sakura.
Ia merupakan lagu pertama yang dinyanyikan oleh kumpulan idol terkenal AKB48, sewaktu mereka baru ditubuhkan.
Lirik lagu ini pula ditulis oleh producer AKB48 sendiri iaitu Akimoto Yasushi.

Apa yang unik pada lagu ini adalah bunga sakura di dalam liriknya bukan untuk melambangkan cinta atau kecantikan.
Sebaliknya bunga sakura di dalam lagu ini melambangkan berakhirnya zaman remaja dan bersedia untuk melangkah ke alam dewasa.
Ini kerana, bunga sakura di Jepun selalunya mekar dengan lebat pada bulan april.

Di bulan ini jugalah sekolah-sekolah menengah di Jepun akan mengadakan upacara graduasi tamat persekolahan.
Bagi masyarakat Jepun, upacara tamat sekolah ini merupakan suatu upacara yang cukup besar.
Ini kerana apabila seseorang itu sudah tamat persekolahan, bererti mereka sudah menjadi seorang dewasa.
Lagu ini mudah diterima kerana liriknya yang menggambarkan perasaan pelajar sekolah yang mengenang semula memori di zaman persekolahan dan perasaan gugup untuk menjadi dewasa.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top