Lulus Ujian Lesen Memandu Jepun Selepas 4 Kali Percubaan. Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dia….

Ujian lesen memandu Jepun adalah ujian yang sangat dikawal oleh kerajaan Jepun. Orang Jepun sendiri mengakui lesen memandu Jepun sangat susah untuk diperolehi. Selepas 4 kali percubaan dalam masa 6 bulan dan memakan kos lebih kurang 72000¥ (+-RM2800) termasuk gaji dipotong sebab cuti kerja, akhirnya Eleen Eleeda berjaya lulus ujian lesen memandu Jepun.

Lesen Jepun

Contoh Lesen Memandu Jepun

Semua orang di Jepun maklum akan keperitan untuk mendapatkan lesen di sini dan kesusahan itu berbeza mengikut negeri. Kalau di Aichi, tempat Eleen dan suami beliau tinggal, yang paling lama pernah dengar setakat ni 13 kali percubaan baru lulus. Selaku seorang yang jarang gagal dalam akademik dan ujian lain, Eleen rasa sangat kecewa setiap kali dikatakan gagal selepas ujian kereta kali ini.

Ujian lesen #1

Rasa dah buat sehabis baik. Tunggu tarikh test berbulan, tunggu turn test berjam, bayar mahal2, last2 ada je alasan “awak gagal kerana tak pijak line putih semasa belok ke kiri”. Apakah?

Ujian lesen #2

Lepas betul2 pijak line putih tapi gagal lagi. Kesalahannya, “kamu gagal sebab tak tengok pedestrian betul2 di petak diamond, awak tengok terlalu awal”. Nani?


Kesalahan yang langsung tak dijangka. Tapi yang Eleen kongsikan di sini bukannya cara beliau lulus, tetapi maksud tersirat di sebalik ujian itu. Tentang ujian Allah.

Eleen terfikir, “Begitukah di akhirat nanti? Kita fikir kita dah solat 5 waktu, puasa, pakai tudung, cukup la nak masuk syurga.”

Apabila manusia berpusu-pusu menunggu ‘result’ kehidupan mereka, dinyatakan satu persatu kesalahan yang menghalang mereka masuk syurga.

“Kau solat tapi hati duk fikir duit bonus bulan ni nak shopping apa”

“Allah suruh jadi abid & khalifah tapi waktu lapang kau membawang”

“Kerja siang malam untuk duit tapi tak bayar hutang”

Ini contoh sahaja

Fail ujian memandu boleh diulang, fail masuk syurga boleh ke hidup balik? Kita tak tahu kat akhirat nanti bagaimana keadaannya, betul ke sekarang dah buat yang terbaik. Takut juga buat dosa tapi tak rasa berdosa. Justeru itu, sementara masih hidup dan dikurniakan kesihatan, marilah kita mengumpul bekalan untuk di akhirat kelak. Ikhlas kerana Allah. Manfaatkan masa yang ada. Berpesan2 lah kepada kebaikan. Ampunkan salah silap saya juga jikalau ada, kalau nak tuntut, tuntut lah sekarang.

Penulisan asal oleh Eleen Eleeda.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top