Memburu Sakura Di Jepun 2020

Bila kita mendengar perkataan musim bunga di Jepun, pasti kita akan terbayangkan bunga Sakura. Saban tahun pasti ramai yang membuat perancangan untuk pergi Jepun untuk melihat bunga Sakura.

Tahukah anda, sakura hanya berkembang dalam masa yang singkat sahaja, dalam anggaran seminggu ke dua minggu sahaja di satu-satu tempat.

Jadi bagi pelancong luar, jika anda pergi Jepun kurang daripada seminggu, anda perlulah merancang untuk pergi Jepun lebih awal supaya dapat melihat bunga Sakura pada tarikh yang tepat.

Iaitu ketika bunga sakura berkembang mekar supaya dapatlah anda pulang dengan memori yang indah.

Jadi bilakah masa terbaik pergi Jepun untuk melihat Sakura? Jika tidak membuat kajian terlebih dahulu, besar kemungkinan kita akan terlepas musim Sakura berkembang dengan mekar di Jepun. Ada sebuah website untuk pergi Jepun yang sentiasa mengeluarkan ramalan untuk melihat musim sakura di Jepun iaitu livejapan.com, tapi mereka hanya dapat mengeluarkan ramalan itu dalam bulan Januari atau Februari di tahun yang sama.

Jadi agak sukar untuk pelancong luar yang selalunya membeli tiket penerbangan lebih awal pada tahun sebelumnya untuk menentukan masa terbaik melawat Jepun dan melihat bunga Sakura pada masa yang sama.

Di sini kami akan kongsikan anggaran masa terbaik untuk anda rancang pergi Jepun bagi melihat bunga Sakura. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada perkembangan bunga Sakura, antaranya  seperti suhu rendah semasa musim luruh dan musim sejuk, suhu kumulatif, data kawasan lepas dan status pertumbuhan pokok Sakura.

Faktor yang paling penting dalam menentukan masa mekar pokok Sakura ialah lokasi geografi. Suhu yang hangat menyumbang kepada lebih awal bunga-bunga itu berkembang, jadi kebiasaannya ia akan berkembang dari arah Selatan ke Utara.

Bagi pulau-pulau Subtropika di Selatan Jepun seperti Okinawa, bunga Sakura berkembang seawal Januari, sementara pulau di utara Hokkaido, bunga itu boleh berkembang lewat sehingga Mei.

Di kebanyakan bandar utama seperti Tokyo, Kyoto dan Osaka, musim bunga Sakura biasanya berkembang pada hujung Mac ke awal bulan April.

Jadi jika anda sudah membeli tiket untuk pergi Jepun dan mendapati kawasan yang anda pergi itu belum kembang bunga Sakuranya, anda boleh merancang untuk pergi ke arah Selatan.
Manakala jika sudah kehabisan bunga Sakura, anda boleh merancang untuk pergi Jepun di kawasan Utara di mana anda mungkin berpeluang untuk melihat bunga Sakura.

Semoga dengan tips yang dikongsikan ini, anda akan dapat merealisasikan impian untuk pergi Jepun dan menikmati keindahan bunga Sakura berkembang mekar.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top