Musim Bunga, Sakura & Graduasi

Cakap Jepun

Ada Apa Dengan Sakura?

 

Musim Bunga. Haru. Spring. 

Mesti korang akan terbayang-bayangkan bunga sakura berwarna pink & putih. Cantiknyaa. Haru atau Musim Bunga adalah salah satu daripada 4 musim yang boleh dinikmati di Jepun. Haru! My personal favorite. Kenapa? Sebab cantik sangat. Adalah salah satu impian saya, untuk membawa anak & isteri menikmati keindahan Haru dan Sakura di Jepun suatu hari nanti. Mesti korang pun sama kan?

Pada musim bunga ini,  mereka akan mengadakan aktiviti yang dipanggil Hanami 花見(baca : Hana 花 ialah bunga, Mi見 bermaksud tengok). Jadi, mereka akan tengok bunga, sambil picnic, karaoke dan macam-macam lagi. Aktiviti Hanami adalah menjadi satu kemestian setiap tahun. Maklumlahkan setahun sekali dan hanya 2 minggu sahaja untuk di satu-satu tempat dapat tengok bunga sakura ini.

 

Sakura & Graduasi

Sakura & Graduasi adalah perkara yang sinonim dengan musim bunga. Tahukah anda? Di Jepun, hari persekolahan setiap tahun bermula dari bulan April dan berakhir pada bulan Mac. Jadi untuk pelajar tahun akhir, tak kiralah di High School atau Universiti, Mac merupakan bulan di mana mereka akan bergraduasi. Selain itu, Haru juga disebut sebagai Sotsugyou Season (baca : Sotsugyou bermaksud Graduation). Pada musim bunga ini, mereka akan berpisah dengan kawan-kawan yang susah senang bersama sepanjang persekolahan. Ada yang sedih sebab selepas ini masing-masing akan membawa hala tuju masing-masing. Besfriends terpisah, Boyfriend-Girlfriend kena PJJ.

 

Lagu Sakura

Pada musim bunga ini juga, akan banyak keluar lagu-lagu bertemakan Sotsugyou atau perpisahan. Lagu dihasilkan mengikut timing-timing yang sesuai supaya lebih menyentuh hati pendengar. Lagu-lagu ini dipanggil Sotsugyou Song. Salah satu Sotsugyou Song kegemaran saya ialah dari kumpulan yang bernama Ikimonogakari (いきものがかり)bertajuk Yell (エール). Di dalam Nihongo (baca : Bahasa Jepun), Yell ini membawa maksud memberi semangat.

Lirik Chorus dia bagi saya sangat-sangat menyentuh hati.

「さようなら」は悲しい言葉じゃない [Sayounara] wa kanashii kotoba jyanai
それぞれの夢へと 僕らを繋ぐエール Sorezore no yume he to Bokura wo tsunagu YELL

Maksud:
“Good Bye” is not a sad word
It is a YELL that connected us, who are departing to our own dream

Lebih kurang begitulah maksud dia. So guys, Sayounara bukanlah sesuatu yang menyedihkan, sebaliknya sesuatu yang sepatutnya menjadi pembakar semangat untuk lebih kuat berusaha demi impian masing-masing. (masukkan bunyi ceewaaaah selepas habis baca ayat ini).

 

Dai Ni Botan

Oh ya! Di Jepun, pada hari graduasi High School, ada satu budaya di mana, Kouhai (baca : Junior) perempuan akan minta butang baju kedua dari atas dari Senpai (baca : Senior) lelaki yang mereka minati. Butang ini dalam Nihongo disebut dai ni botan.

Uniform yang macam ini. Pernah tengok tak?

Kenapa? Sebab butang kedua ini adalah sesuatu yang sangat dekat dengan hati Senpai lelaki yang diminati itu. Graduation Day merupakan hari terakhir boleh jumpa dengan Senpai tersebut. Macam souvenir, kenang-kenangan lah. Kalau Senpai yang ramai peminat, berebut-rebutlah Kouhai yang akan minta butang tu. Tapi hanya seorang saja boleh dapat. Menarik kan?

Cuba bayangkan situasi ini sambil dengan lagu Ikimonogakari – Yell ni.

Sekian coretan dari saya, Kamal Mohammad. See you next time! Mata Aimasyou!

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top