Ninja Camp 2019

 

Cakap Jepun baru sahaja mengadakan Ninja Camp khas untuk cuti sekolah pada bulan March. Ninja Camp diadakan dengan misi untuk menanam pemikiran kelas pertama dan mengenali diri pelajar-pelajar serta membuka potensi-potensi terpendam mereka.

Ninja Camp kali ini diadakan di pejabat Cakap Jepun di I-City dan seramai 17 orang pelajar sekolah menengah, kebanyakannya berumur antara 13 tahun sehingga 16 tahun. Kebanyakannya datang dari Lembah Klang, dan yang paling jauh daripada Serendah!

 

Antara aktiviti yang berlangsung di Ninja Camp ialah kelas Bahasa Jepun, nilaiBushido, belajar Budaya Makan Jepun dan Ninja Race!

Dalam kelas bahasa Jepun mereka telah belajar bagaimana untuk memperkenalkan diri dan bertutur dalam Bahasa Jepun, dan mengajar orang asing untuk memperkenalkan diri dalam bahasa Jepun. Sensei juga buat game Kahoot supaya Ninja-Ninja ini sentiasa aktif.

Pada keesokan harinya Sensei buat Ninja Race. Haaa dalam Ninja Race ini semua Ninja-Ninja akan melalui empat checkpoints dan berlumba melengkapkan task-task yang Sensei sediakan. Antaranya mengenali ‘brain color’ masing-masing, mengajar pelawat-pelawat I-City bertutur dalam bahasa Jepun dan macam-macam lagi.

Sensei akan buat lagi Ninja Camp sempena cuti sekolah akan datang. Siapa nak join Ninja Camp seterusnya komen “Ninja Camp” di bawah ya.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top