Puasa di Jepun

Cakap Jepun

CABARAN BERPUASA DI JEPUN

Minasan ogenki desu ka?

Ramai yang bertanya mengenai bagaimana keadaan puasa Ramadhan di Jepun.
Jadi kali ini saya akan ceritakan serba sedikit suasana berpuasa di sana.

Di sebabkan kerana tahun hijriah (354-355 hari) adalah lebih pendek daripada tahun masihi (365-366 hari), maka setiap tahun bulan puasa berubah.

Tidak seperti di Malaysia yang beriklim khatulistiwa, di Jepun, bulan puasa berubah-ubah daripada musim sejuk, musim luruh, musim panas dan ke musim bunga.

Dan dengan itu masa yang berpuasa juga akan berubah-ubah mengikut musim pada tahun itu.
Masa puasa paling pendek dan best adalah pada musim sejuk.
Masa puasa tidak lebih daripada 12 jam dan cuaca yang sejuk memang sedap untuk berhibernisasi ><

Dan yang paling panjang dan mencabar adalah ketika musim panas. Masa puasa adalah lebih kurang 16 jam.

Ketika saya menjejakkan kaki di Jepun pada tahun 2011, bulan puasa jatuh pada musim panas TT

Pertamanya, di sebabkan Jepun bukan negara islam maka tanggungjawab dari pengumuman bermula puasa jatuh kepada negara islam yang terdekat iaitu Malaysia.
Jadi, apabila nak tahu sudah mula berpuasa atau tidak, maka mereka akan menghubungi orang di Malaysia untuk mengetahui sudah perlu berpuasa dan menunaikan solat tarawikh atau tidak.

Oleh kerana Jepun masanya lebih cepat selama sejam, waktu isya’ masuk terlebih dahulu sebelum mengetahui keputusan tarikh Ramadhan. Jadi selepas isya’ kami menunggu keputusan dari Malaysia barulah mula solat terawikh.

Untuk sahur, pada musim panas waktu subuh adalah sangat awal iaitu dalam pukul 3.30am

Kalau mereka yang tidak biasa bangun awal pagi, selalunya akan terbabas waktu sahur.
Jadi biasanya, kami akan berjaga malam menanti waktu sahur. Selepas solat subuh barulah tidur.

Selepas itu adalah part yang paling susah, berpuasa selama 16 jam di musim panas TT

Di Jepun, waktu puasa adalah waktu yang paling ramai orang hadir ke masjid.
Biasanya, setiap hari akan diadakan majlis berbuka puasa di masjid.
Bergantung pada tempat tetapi kebanyakan masjid majority muslim adalah dari India Pakistan jadi nasi biryani adalah hidangan utama yang di sediakan untuk juadah berbuka.

Kami akan tunggu sehingga waktu isya dan diteruskan dengan solat tarawikh.
Di masjid2 besar biasa nya mereka akan mengupah imam dari luar untuk menjadi imam di masjid sepanjang bulan ramadhan.
Biasanya dari india pakistan.
Tetapi ada juga beberapa masjid yang mengambil imam dari malaysia, seperti di masjid fuji, shizuoka.

Begitulah serba sedikit mengenai suasana berpuasa di Jepun.
Yang mana bila di banding kan keadaan dan suasana dijepun dengan malaysia,
Banyak kemudahan bukan sahaja dari segi prasarana dan makanan. Tetapi juga dari segi masa dan cuaca yang tidak banyak berubah sepanjang tahun.

Ok lah, sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ni.
Jya ne!

Anda mungkin berminat baca

TERKINI

Cakap Jepun merupakan salah satu jenama di bawah Michi Global Resources telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan sehingga kini kami komited untuk menyumbang ke arah pembangunan minda kelas pertama.

NAVIGATION

Home
About
Service
Learn Japanese
Blog

LEGAL INFORMATION

Terms & Condition
Privacy Policy
Cookies Policies

Michi Global Resources (002572009-W)

No 17-2, Jalan Keluli AK 7/AK, Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia

Copyright © Michi Global Resources.

All Rights Reserved

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top