Sakura Di Bulan Februari?

Saya percaya ramai yang dah beli tiket penerbangan ke Jepun untuk bulan februari nanti.
Sebab itu adalah waktu syarikat penerbangan tawarkan harga tiket murah.

Siap pasang angan-angan konon nak lihat dan berkelah di bawah bunga sakura lagi. Tapi berasa hampa bila dapat tahu musim bunga sakura hanya akan bermula akhir bulan mac hingga bulan april.

Jangan risau, sebenarnya ada juga sakura yang mengembang di bulan Februari. Bukan sahaja sakura ini mula mengembang awal, malah ia juga berkembang dengan tempoh yang lama, iaitu sehingga bulan Mac.

Sakura Bulan Februari Di Kawazu

Sakura yang saya maksudkan adalah Kawazu Sakura, iaitu jenis bunga sakura yang berwarna merah jambu. Anda boleh nikmati permandangan indah festival sakura ini di Bandar Kawazu yang terletak di Semenanjung Izu.

Kawazu Sakura mula dijumpai di kawasan Kawazu sekitar tahun 1950-an. Maka sebab itu namanya juga diambil sempena nama lokasi sakura ini dijumpai.


Permandangan sakura ini cukup indah kerana pokok-pokok sakura ini ditanam di sepanjang tebing sungai Kawazu.
Maka sambil anda berjalan kaki, anda akan dapat nikmati rimbunan bunga-bunga sakura berwarna merah jambu yang cukup menawan.

Cara Pergi Ke Kawazu


Oleh kerana Bandar Kawazu terletak dalam Shizuoka Prefecture, maka perjalanan dari Stesen Tokyo mengambil masa sekitar 2jam.
Cara termudah untuk ke Kawazu adalah dengan menaiki Izukyu Railway Line dan turun di Stesen Kawazu.

Dari Tokyo
Naik JR Tokaido Line
Stesen Tokyo > Stesen Atami (1980Yen)

Tukar Naik JR Ito Line
Stesen Atami  > Stesen Ito (330Yen)

Tukar Naik Izu Kyuko Line
Stesen Ito > Stesen kawazu (1390Yen)

Kalau dah berjaya jejak kaki ke sini jangan lupa post gambar dengan tanda pagar #pergijepun ye. 🙂
Jaa…mata~

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top