Sasebo-2 Negara Dalan 1 Bandar

Unfinishedsasebo copy

 

Penyatuan budaya di bandar kedua terbesar Nagasaki

Sasebo adalah bandar kedua terbesar di wilayah Nagasaki di selatan Jepun di pulau Kyushu. Seperti bandar-bandar di Jepun, Sasebo mempunyai pelbagai tempat menarik untuk anda lawati.

HUIS TEN BOSCH

Di bandar Sasebo terdapat taman yang bernama Huis Ten Bosch. Taman ini terletak di selatan Sasebo. Walaupun namanya Huis Ten Bosch iaitu nama Belanda namun dicampurkan dengan elemen Jepun.

Di sini anda dapat melihat pelbagai bangunan bercirikan Belanda seperti kincir angin, rumah Belanda dan menara jam. Kawasannya sangat luas jadi anda perlu bersedia untuk luangkan masa satu hari di situ. Selain itu, terdapat juga perbagai jenis bunga-bungaan di Huis Ten Bosch. Sepanjang jalan di sana anda dapat melihat lebih 20 spesies bunga yang sangat cantik.

PULAU

Megami Bridge spans the Bay of Nagasaki, Japan

Sasebo sangat terkenal dengan pulau-pulau kecil yang mengelilingi perairannya. Salah satunya kumpulan pulau itu dipanggil Sakai National Park99 Islands, atau Kujukushima. Kumpulan pulau ini mengandungi 208 pulau yang tidak terusik. Anda boleh melihat keindahan pulau-pulau ini dan seluruh Sasebo di Menara pemerhatian di: Tenkaido, Ishidake dan Yumihari.

Untuk melihat pulau-pulau tersebut dengan lebih dekat, anda boleh naiki boat tour yang dijalankan oleh Kujukushima Pearl Sea Resort. Trip itu mengambil masa 50 minit dan berharga ¥1,400 untuk dewasa dan ¥700 untuk kanak-kanak.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top