Sejarah Ninja Jepun Secara Ringkas

Yosh minna, sesiapa yang pernah tengok siri anime Naruto pasti teruja nak tahu pasal sejarah ninja Jepun bukan?

sejarah ninja naruto

Populariti ninja dalam budaya Jepun tidak boleh disangkal lagi. Walaupun sudah beratus tahun lamanya, watak ninja masih lagi dijadikan subjek dalam media-media budaya popular di Jepun. Ini termasuklah dalam anime, lagu, dan fesyen golongan muda.

Ninja yang juga dikenali sebagai shinobi merupakan pembunuh upahan semasa zaman feudal dalam sejarah Jepun. Mereka telah dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti pengintipan, sabotaj dan juga pembunuhan secara senyap.

Mereka beroperasi secara rahsia dan selalunya klien mereka adalah dalam kalangan orang kaya dan juga tuan yang berkuasa.

Mereka juga mampu melakukan penyamararan untuk masuk ke kawasan musuh secara senyap-senyap. Ninja juga mempunyai puaknya yang tersendiri. Antara puak yang disebut dalam sejarah adalah Koga dan juga Iga. Ketua ninja digelar sebagai jonin. Jonin juga membantu untuk melatih ninja yang baru.

Senjata yang mereka gunakan adalah terdiri dari ninjato, bom asap, tekko, tanto dan sebagainya. Legasi yang mereka tinggalkan sehingga sekarang masih tidak ditelan zaman. Antara ninja yang dikenali adalah Hattori Hanzo, Jinichi Kawakami, Fuma Kotaro dan Ishikawa Goemon.

Ninja berpangkalan di kawasan gunung yang terpencil, dilatih menjadi ‘syaitan’ yang menakutkan musuh-musuh mereka. Dalam sejarah Jepun, golongan Samurai menganggap ninja sebagai golongan keji kerana mereka terkenal dengan serangan hendap.

Untuk belajar bahasa Jepun dengan lebih cekap dan efektif, boleh klik link di bawah untuk pertanyaan!
SAYA NAK BELAJAR!

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top