Sejarah Tempura : Cakap Jepun

Sejarah Tempura

Tempura adalah makanan Jepun yang cukup dikenali oleh rakyat Malaysia. Tidak kira samada bagi peminat masakah Jepun atau tidak, rasanya yang sedap amat memenuhi cita rasa kebanyakan rakyat Malaysia.

Tambahan pula, kini terdapat banyak restoran yang menyediakan tempura sebagai menu utama mahupun hidangan sampingan. Bagi peminat makanan Jepun sudah pasti ianya antara menu wajib anda kan? Oishidesune?

Tempura adalah masakan Jepun yang kebiasannya diperbuat daripada makanan laut atau sayur yang dicelup dengan adunan tepung lalu digoreng. Namun begitu, ia sebenarnya berasal daripada Portugis, tetapi telah diadaptasi oleh orang Jepun.

Perkataan Tempura berasal daripada perkataan “tempora” yang bermaksud ‘The Ember Days’ dimana pada ketika itu warga Portugis yang majoritinya merupakan penganut Katolik berpuasa untuk tidak memakan daging. Maka terwujudlah tempura ini pada waktu itu.

Lalu, orang Jepun telah mengolah dan mengadaptasi tempura ini agar sesuai dengan cita rasa mereka sehinggalah makanan ini popular di Jepun.

Jenis-jenis tempura yang paling disukai oleh orang Jepun adalah tempura udang atau dalam bahasa Jepunnya ebi tempura. Selain itu, ada juga tempura lain seperti ikan, sotong dan sebagainya.

Sayur sayuran juga dijadikan tempura seperti ubi keledek manis. Kalau di Malaysia kita memanggilnya ubi keledek manis goreng yang biasa boleh dijual oleh penjaja. Selain itu, ada juga tempura cendawan, lada benggala dan juga terung.

Tempura biasanya dihidangkan sebagai hidangan sampingan dan dicelupkan dengan sos tentsuyu yang diperbuat daripada dashi, mirin dan kicap. Bagi yang suka rasa tempura yang asli mereka boleh menaburkan sedikit garam ke atas tempura tersebut sebagai perasa.

Rasa tempura yang ringan serta teksturnya yang rangup membuatkan tempura menjadi salah satu hidangan yang wajib bagi orang Jepun untuk dinikmati ketika makan tengah hari mahupun makan malam ataupun dijadikan snek.

Share Post Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Share on pinterest

Anda mungkin berminat baca

TERKINI

Scroll to Top