Starbucks Reserved Roastery Yang Ke-5 Di Dunia Kini Di Tokyo

Bagi penggemar minuman berkafein, anda pasti sangat teruja dengan pembukaan Starbucks Reserved Roastery House di Nakameguro, Tokyo. 

Terletak berhadapan dengan Nakameguro River yand dipenuhi denga pepohon sakura di sepanjang sungai, cafe ini pastinya menjadi satu tarikan yang amat popular semasa musim bunga. Dan yang paling menariknya, ia adalah cafe Starbucks terbesar di dunia!

Cakap Jepun

Suasana Dalam Kafe

Diinspirasikan oleh Kengo Kuma, architect utama Starbucks Reserved Roastery Tokyo berkata seni bina cafe yang ingin dipersembahkan adalah berkonsepkan alam dan identiti Jepun. Dengan itu, konsep ini diterjemahkan melalui seni origami pada bumbung bangunan dan dekoratif pada tiang utama bangunan yang dihiasi dengan bunga sakura diperbuat daripada kepingan logam.

 

Bagi penggemar specialty coffee pula, terdapat tiga jenis specialty coffee yang disediakan iaitu, Pacamara, Catuai dan Bourbon yang dihasilkan dari Monte Carlos. Cara-cara untuk menikmati specialty coffee adalah dengan menggunakan deria bau untuk meneka perisa kopi tersebut, kemudian diikuti hirupan pertama untuk mengenal pasti rasa kopi dengan meratakan keseluruh deria rasa pada lidah, dan seterusnya kongsikan ekspresi anda mengenai kopi tersebut bersama kawan dan barista. Siapa tahu, cita rasa dan tekaan anda juga sama seperti profesional barista?

Apa yang menarik mengenai Starbucks Reserved Roastery Tokyo ialah ianya terbahagi kepada empat tingkat utama iaitu Starbucks Reserve, Teavana, Arriviamo Bar dan AMU Inspiration Lounge. Dimana di setiap tingkat mempunyai tarikan dan keistimewaan minuman tersendiri dalam kelasnya, anda bukan sahaja dapat menikmati kualiti yang terbaik.

Malah anda pasti teruja untuk merasai pengalaman pemprosesan kopi dari bijian kopi mentah sehingga ke titisan bru untuk cawan anda!  Jika anda datang ke Tokyo, jangan lepaskan peluang untuk melawat rosteri ini tau! Selamat mencuba!

Sumber: Starbucks Japan

Disediakan oleh : Zaki Asyraf

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top