Tempoh pengajian adalah bergantung kepada kemasukan di Institut Bahasa Jepun.
Untuk kemasukan April, tempoh pengajian adalah selama 2 tahun (terdapat institut Bahasa Jepun yang menawarkan kursus selama 1 tahun, tetapi ada syarat-syarat tertentu yang harus dipenuhi, seperti Tahap JLPT N2 ke atas dll).
Untuk kemasukan Julai, tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 9 bulan. Manakala, untuk kemasukan Oktober, tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan.
Maklumat lanjut, sila berhubung dengan konsultan kami.