Sukan Olimpik Tokyo 1940 Yang Hilang

Jepun sepatutnya dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020 yang akan bermula pada 24 Julai nanti. Bagaimanapun, kekecewaan jelas terpancar di wajah ahli komiti Sukan Olimpik Tokyo ini tatkala mendapat khabar sukan ini terpaksa ditangguh kerana pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Pembatalan Sukan Olimpik edisi ini menjadikan ia kali kedua bagi negara Jepun membatalkan penganjuran Sukan Olimpik. Pada 80 tahun yang lalu, Jepun terpaksa membatalkan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1940 yang dikenali sebagai “Sukan Olimpik yang Hilang” atau “Missing Olympics” selepas Sukan Olimpik 1940 ini telah dipindahkan ke Helsinki sebelum akhirnya dibatalkan kerana tercetusnya Perang Dunia ke-II.

Sebagai persediaan untuk Sukan Olimpik di Tokyo, jadual pertandingan telah pun disediakan dan poster telah dicetak. Majlis Perasmian telah ditetapkan pada 21 September 1940.

Menurut David Goldblantt pengarang sebuah buku berkaitan sejarah Sukan Olimpik yang bertajuk “The Games” menyatakan pandangannya bahawa kejayaan Jepun dalam bidaan Sukan Olimpik 1940 ini bahawa Jepun ingin menunjukkan bahawa negara mereka telah pulih daripada gempa bumi yang dasyat pada tahun 1923.

Dengan cara yang sama, Jepun menganjurkan Sukan Olimpik 2020 sebagai “Recovery Games” – yang dikatakan sebagai satu peluang untuk menunjukkan negara itu kembali membangun selepas dilanda pelbagai bencana alam seperti gempa bumi pada tahun 2011, bencana tsunami dan kebocoran radiasi nuklear.

Menteri Olimpik Jepun, Seiko Hashimoto menyatakan bahawa kerajaan Jepun dan Tokyo tetap bersedia menganjurkan temasya yang akan membuka tirainya iaitu pada 24 Julai depan.

Sebagai rekod, bajet penganjuran temasya itu telah mencecah 1.35 trilion yen (RM52 bilion) dan kerajaan Jepun menyediakan 120 bilion yen (RM4.7 bilion) bagi pembinaan Stadium Olimpik selain 30 bilion yen (RM1.2 bilion) untuk kos penganjuran Sukan Paralimpik 2020.

Sukan Olimpik yang mula diadakan dari tahun 1896, hanya pernah dibatalkan sekali pada tahun 1940. Kebetulan, tahun dimana acara ini dibatalkan, Jepun adalah tuan rumah. Namun disebabkan tercetusnya perang di antara Jepun dan China pada Perang Dunia Ke-II, acara ini terpaksa dibatalkan. Tokyo akhirnya menjadi negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964.

Sumber: The Vocket, Berita Harian dan Japan Today

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top