Takoyaki Parti Di Cakap Jepun

Anda suka makan takoyaki? Di Malaysia banyak ‘takoyaki’ seperti ‘takoyaki ayam’, ‘takoyaki ketam’ dan macam-macam lagi. Takoyaki berasal daripada Tako iaitu ‘sotong kurita’ dan Yaki ‘bakar/goreng’.

Baru-baru ini (22 September), Cakap Jepun telah mengadakan Takoyaki Party. Yang bestnya Cakap Jepun telah menjemput tiga orang pelajar Jepun untuk buat demonstrasi bagaimana untuk membuat takoyaki dan makizushi. Seramai 25 orang telah menyertai parti takoyaki kali ini.

Highlight Takoyaki Party Cakap Jepun

Fadhilah Sensei bersama dengan 3 orang Sensei Cakap Jepun , Rei SenSei, Ain Sensei dan Wani Sensei berjaya mengaturkan Takoyaki Party kali ini. Selain daripada demonstrasi makanan Rei Sensei juga membuat gameshow Kahoot tentang tempat-tempat menarik di Jepun. Kalau anda ingin sertai event-event Cakap Jepun selepas ini jom follow Facebook Cakap Jepun

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top