TENTANG KAMI

Tulang belakang
kecemerlangan kami

Cakap Jepun adalah sebuah pasukan yang sentiasa memiliki motivasi yang tinggi dalam membina kerjaya & menambah nilai pada diri dan komuniti.

TENTANG KAMI

Tulang belakang
kecemerlangan kami

Kami adalah sebuah team yang sentiasa memiliki motivasi yang tinggi dalam membina kerjaya & menambah nilai pada diri dan komuniti.

LATAR BELAKANG

Cakap Jepun (CJ) adalah sebuah jenama di bawah Michi Global Sdn Bhd dan diasaskan oleh dua orang jurutera yang pernah belajar dan bekerja di Jepun. Mereka berpengalaman merasai  kesukaran belajar & bekerja dalam bidang sains dimana bahasa Jepun adalah satu-satunya bahasa penghantar.

Mereka pulang ke Malaysia dengan harapan dapat membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dari segi sosio-ekonomi dengan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh di negara matahari terbit.

Dengan impian untuk “memberi kembali kepada komuniti”, CJ telah ditubuhkan dengan bilangan keahlian meningkat sehingga hari ini. CJ ialah komuniti yang menerapkan pemikiran dan budaya masyarakat kelas pertama melalui kelas bahasa Jepun yang dikendalikan oleh ramai guru yang merupakan alumni program Dasar Pandang Ke Timur.

Cakap Jepun bertujuan membantu menjana modal insan yang hebat dengan memastikan pemikiran rakyat Malaysia dapat selaras dengan pemikiran dan budaya negara maju agar visi & misi negara dapat dicapai dengan cepat seiring dengan perubahan landskap ekonomi dan industri dunia.

Pada masa ini, kami mempunyai 2 orang teras sebagai pasukan pengurusan kami Anuar sensei & Haris sensei. Seorang penasihat akademik, Prof. Prof. Dr. Zoraida, dan lebih daripada 30 jurulatih di CJ Academy sehingga Jun 2022.

Bergambar bersama Kumpulan Malaysia-Japan Discourse Program
VISI

Cakap Jepun komited untuk membina masa depan di mana minda rakyat Malaysia selaras dengan etos berpandangan jauh dan bercirikan kecemerlangan budaya negara maju, sekali gus memacu visi dan misi negara Malaysia pada tahun mendatang.

MISI
NILAI TERAS

Kaizen (sentiasa perbaiki diri)

Kami percaya bahawa tiada yang mampu menghalang kami daripada terus memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik

Saikou (menjadi yang terbaik)

Kami percaya rahsia kejayaan pada masa hadapan adalah dengan memberikan segalanya dan melakukan yang terbaik sekarang

Kakushin (inovatif)

Kami bersemangat mencabar norma untuk menyelesaikan masalah pelanggan seterusnya membentuk dan meneraju industri

Genki (bersemangat tinggi)

Kami percaya bahawa dengan semangat yang menggunung, kuasa terbesar di dunia juga akan menghormati kami

Kouken (memberi manfaat)

Setiap tindakan kami bersandarkan niat untuk menyumbang & memberi manfaat kepada pelanggan, pekerja dan komuniti

7 TAHUN YANG PENUH KECEMERLANGAN

Segalanya Bermula

Kelas pertama Cakap Jepun mula berjalan secara fizikal di Seksyen 13, Shah Alam dengan kekuatan 5 orang sensei

Perluasan Wilayah

Cakap Jepun meluaskan pengaruh di kawasan Lembah Klang dengan membuka kelas di Bangi dan Kuala Lumpur

Terbesar di Malaysia

Cakap Jepun membuka kelas bahasa Jepun secara atas talian dan menerima pelajar dari Malaysia & negara serantau

Pandang ke Timur

Cakap Jepun membuka kelas intensif dan berjaya  menghantar para pelajar batch pertama melanjutkan pelajaran ke Jepun

INSPIRASI KAMI UNTUK BERIKAN YANG TERBAIK

Cakap Jepun telah menerima anugerah ‘Bumiputera Business Excellence Awards’ bagi tahun 2023

Cakap Jepun telah dinobatkan sebagai Pusat Bahasa Jepun Terbaik di Malaysia bagi tahun 2023

Cakap Jepun telah terpilih menyertai ILTIZAM Catalyst Entrepreneurship Program 2022 oleh EKUINAS.

7 TAHUN YANG PENUH KECEMERLANGAN

Segalanya Bermula

Kelas pertama Cakap Jepun mula berjalan secara fizikal di Seksyen 13, Shah Alam dengan kekuatan lima orang sensei

Perluasan Wilayah

Cakap Jepun meluaskan pengaruh di kawasan Lembah Klang dengan membuka kelas di Bangi dan Kuala Lumpur

Terbesar di Malaysia

Cakap Jepun membuka kelas bahasa Jepun secara atas talian dan menerima pelajar dari Malaysia & negara serantau

Pandang ke Timur

Cakap Jepun membuka kelas intensif dan berjaya  menghantar para pelajar batch pertama melanjutkan pelajaran ke Jepun

Haris Mohd Ghazali
Founder & Managing Director

Haris Ghazali adalah seorang yang sangat aktif dalam bidang “Training & Consultancy”. Beliau telah mengajar lebih daripada 10,000 individu sepanjang karier beliau dalam bidang latihan.

Mempunyai kelulusan Kejuruteraan Mekanikal (Design) dari Yamanashi University, Jepun. Beliau pernah berkhidmat & bekerja sebagai jurutera di Jepun selepas tamat pelajaran di sana. Di sanalah beliau telah mempelajari banyak perkara & menimba ilmu yang beliau rasakan sangat penting untuk dikongsi kepada seluruh rakyat Malaysia terutama corak pemikiran & cara bertindak Jepun.

Beliau meninggalkan alam pekerjaan sebagai seorang Jurutera di sebuah syarikat multi nasional dan mengambil keputusan untuk menjadi ‘Sensei’. Sehingga hari ini, beliau sudah berkongsi pengalaman & mengajar tentang mindset Jepun kepada pelajar sekolah, mahasiswa & usahawan di seluruh pelusuk tanah air termasuk Dubai, Jepun & Indonesia.

Perjuangan memandaikan anak bangsa dengan 1st class mindset telah menjadi penyebab tertubuhnya ‘Cakap Jepun’.

Mohd Anuar Abu Bakar
Co-Founder & CEO

Anuar Sensei atau nama penuh Mohd Anuar Bin Abu Bakar, merupakan salah seorang sensei yang berpengalaman di Cakap Jepun. Beliau mempunyai kelulusan Kejuteraan (Elektrikal & Elektronik) dari Nagoya University, Japan. Kemudian, menyambung pelajaran di Malaysia-Japan Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dalam bidang Master dalam bidang Electronic System (MPhil).

Beliau mula aktif mengajar pada tahun 2011 dengan mengajar Bahasa Melayu kepada Manager TOYOTA dan juga pelajar Jepun di Nanzan University dalam Bahasa Jepun di Jepun

Pada tahun 2012, selepas pulang ke Malaysia, beliau banyak mengajar bahasa Jepun di syarikat seperti Petronas LNG, KLCC dan juga secara private. Bermula pada tahun 2013, Anuar Sensei mengajar Bahasa Jepun di Sri KDU Secondary School Kota Damansara selama 5 tahun dan juga di UiTM Shah Alam. Beliau juga merupakan salah seorang Founder Cakap Jepun dan telah membuka kelas Bahasa Jepun di Kuala Lumpur, Shah Alam & Bangi serta membuat kelas secara Online kepada yang jauh.

Dengan semangat “give back to community’ serta memberi nafas baru kepada sistem pembelajaran bahasa Jepun yang tidak fokus kepada bahasa semata-mata, budaya & suasana pembelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam mendalami bahasa Jepun.

Assoc. Prof. Dr. Zoraida Mustafa
Executive Advisor

Prof. Madya Dr. Zoraida Mustafa ialah graduan Universiti Jepun di bawah Program Dasar Pandang Ke Timur. Dia menamatkan Ph.D. dalam Pengajian Bahasa & Budaya Jepun dari Universiti Hiroshima.

Prof. Madya Dr. Zoraida ialah pakar rujuk berkaitan bahasa, budaya, dan hubungan Malaysia-Jepun. Beliau kini berkhidmat sebagai Dekan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dengan kepakarannya, beliau telah diamanahkan untuk dilantik sebagai Presiden Persatuan Pengajar Bahasa Jepun Malaysia (MAJLIS) bagi sesi 2022/23.

Dr. Zoraida telah dianugerahkan salah satu pingat kerajaan Jepun “Anugerah Penghargaan Menteri Luar Negeri Jepun” pada 2019 atas sumbangannya.

Sensei Cakap Jepun

KENALI KAMI DENGAN LEBIH LANJUT

Muat turun profil syarikat kami untuk tahu lebih lanjut tentang latar belakang, pencapaian serta servis-servis yang kami tawarkan

Scroll to Top