Tips Berjimat Melancong di Jepun

 

Jepun merupakan salah satu negara termahal di dunia, tetapi negara ini adalah sebuah destinasi pelancongan yang sangat menakjubkan dan cantik. Banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Gunung Muji, Bandar Tokyo yang sibuk dan Bandar Zen yang kaya dengan budaya seperti Kyoto. Jangan takut pada harga yang ditawarkan di Jepun samada makanan, tempat tinggal atau pengangkutan kerana pengalaman melancong di Jepun adalah sangat berharga dan menarik!

MAKANAN

Anda tidak perlu berlapar semata-mata ingin menjimatkan perbelanjaan anda kerana masih ada makanan yang dijual dikedai boleh didapati dengan harga yang murah sekitar 1000-2000 yen.
Namun memasak adalah pilihan yang paling bijak untuk berjimat. Dengan memilih homestay yang menyediakan kelengkapan untuk memasak, anda mampu untuk berjimat. Sebagai contoh, jika anda makan di restoran budget di Jepun, kos yang paling murah bagi hidangan lengkap dewasa untuk seseorang adalah antara 1000yen(RM40) ke 2000yen(RM80). Jepun merupakan negara yang paling tinggi kos sara hidup, oleh itu tidak hairan lah jika kos sara hidup amat tinggi berbanding di Malaysia.

 

Sebagai contoh, kos ayam mentah tanpa tulang yang halal berat 2kg adalah 800yen(RM25) dan beras Thailand 5kg berharga 1500yen(RM46).

Budget makan untuk seminggu 4 orang
Ayam mentah 2kg = 4 kali hidangan
Untuk seminggu, sarapan dan makan malam 7 kali = 14 hidangan(8 kg ayam) = 2400yen(RM100)
Beras 5kg = 14 kali hidangan(seminggu) = 1500yen(RM46)
Total kos = 2400yen(RM100) + 1500yen(RM46) = 3900yen(RM146)/ seminggu

Kami sarankan agar anda membawa bahan-bahan masakan seperti perencah segera dan lain-lain daripada Malaysia.

TEMPAT TINGGAL

Jika anda ke Jepun, terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan yang boleh anda pilih seperti hotel, asrama, hotel kapsul atau dorm. Namun begitu, untuk mencari penginapan yang murah dan selesa, guest house adalah pilihan yang terbaik. Sebagai contoh, jika anda menetap di hotel, kadar bayaran untuk semalam bagi seseorang adalah antara 4500yen – 6500yen. Tambahan pula, saiz bilik adalah kecil dan tidak menyediakan kelengkapan untuk memasak.

 

Sekiranya anda memilih guest house sebagai tempat penginapan anda, saiz rumah guest house adalah hampir 2 kali ganda saiz bilik hotel. Untuk pengetahuan anda, Guest house yang kami sediakan adalah jenis seluruh rumah, jadi anda tidak perlu berkongsi dengan penghuni lain. Guest house bukan sahaja menyediakan kelengkapan memasak, malah turut menyediakan kemudahan mesin basuh, microwave dan peti sejuk. Secara purata, Guest house menawarkan harga yang lebih murah dengan kadar bayaran 3300yen(RM99) untuk 1 malam seorang.

PENGANGKUTAN

Kos pengangkutan adalah kos yang paling mempengaruhi percutian anda di Jepun yang termasuk tiket penerbangan serta pengangkutan dalam bandar.

Penerbangan Antarabangsa

Berikut adalah cara jimat untuk menjimatkan tambang penerbangan ke Jepun :

1. Tempah tiket penerbangan di luar waktu kemuncak kerana harga tiket adalah lebih murah
2. Perlu rajin mencari dan membandingkan harga tiket penerbangan yang ditawarkan oleh setiap agensi pelancongan. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan dapat ‘Special Offer’ dari agensi tersebut.
3. Pertimbangkan untuk menggunakan penerbangan murah seperti Air Asia atau Jetstar kerana kadarnya yang lebih murah dan menjimatkan.

Shinjuku Expressway Bus Terminal
Perancangan percutian yang teliti boleh menjimatkan perbelanjaan anda di Jepun nanti. Perancangan yang paling sesuai adalah apabila anda hanya bercuti di satu tempat tumpuan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya anda melawati Tokyo, tumpukan perjalan anda di sekitar Tokyo sahaja untuk mengelakkan cas pengangkutan awam yang terlalu mahal.

 

Walaubagaimanapun, jika nada ingin melawat beberapa kawasan lain di Jepun, mungkin checklist ini dapat membantu anda :

Japan Bus Pass  :
Dijual sejak tahun 2010. Pas ini adalah sesuai untuk perjalanan bas jarak jauh di Jepun (Anda perlu bersedia menghabiskan malam anda di dalam bas). Jika digunakan secara efisyen, pas ini adalah sangat-sangat menjimatkan!

Japan Rail Pass :
Semua pelancong yang ingin melawat lebih dari satu daerah di Jepun adalah disarankan untuk mengambil tiket ini kerana ia menawarkan perjalanan tanpa had ke seluruh Jepun yang dikendalikan oleh Syarikat Japan Railways termasuk Shinkansen (Bullet Train). Terdapat tiga pilihan jenis pas iaitu pass yang boleh digunakan selama 7 Hari Tanpa Had, 14 Hari Tanpa Had atau 21 Hari Tanpa Had.

Highway Buses :
Bas ini adalah satu cara yang lebih ekonomi untuk perjalanan yang menjimatkan, Harganya adalah dua kali jimat daripada pengangkutan kereta api. Tips untuk lebih jimat adalah, mengambil bas ini pada waktu malam dan anda boleh jimat kos tempat tinggal anda kerana anda boleh bermalam di dalam bas sahaja! Bas ini boleh ditempah dalam talian dalam Bahasa Inggeris.

Penerbangan Dalam Negara :
Banyak syarikat penerbangan dalam negara menawarkan harga dan diskaun berpatutan kerana banyak persaingan. Skymark Airlines, Peach Aviation dan Jetstar adalah antara syarikat penerbangan yang sering menawarkan harga rendah.

Feri :
Feri adalah pilihan yang jarang dipakai oleh pelancong. Tambah kelas kedua untuk feri boleh menjadi agak murah jika dibandingkan dengan keretapi, bas dan kapal terbang

Berdasarkan pengalaman kami berjalan-jalan di Jepun, kami kerap menggunakan kad touch&go (pasmo) kerana ia merupakan pilihan yang paling jimat dan memudahkan. Dengan kad pasmo, anda tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Di samping itu anda juga boleh menukar laluan keretapi dengan mengunakan kad touch&go yang sama.

Follow Cakap Jepun untuk info-info menarik tentang Jepun

Credit: Melancong Ke Jepun

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top