Tips Di Stesen Keretapi Jepun (Bhg.3)

Tips 3: Semak Lokasi Exit Yang Terbaik

Tips 3 ini hampir sama seperti Tips 2, anda masih perlu gunakan floor plan. Cuma untuk tips ini anda akan rujuk Google Map juga.

Bagi stesen yang kecil dan hanya ada 1 Entrance/Exit, tips ini tak begitu penting. Tetapi ianya sangat berguna untuk stesen yang mempunyai banyak Entrance/Exit.

Selalunya stesen yang ada banyak Exit ini adalah stesen subway. Ditambah pula kedudukan stesen ini di bawah tanah,maka sukar untuk anda tentukan setiap Exit akan membawa anda ke mana.

Andai kata tersilap memilih Exit, anda berkemungkinan akan keluar di lokasi yang sangat jauh dengan destinasi yang anda mahu tuju dan terpaksa berjalan kaki.

Cara memilih Exit Terbaik

Sensei anggap anda dah tahu nak turun di stesen mana. Apa yang perlu dibuat adalah padankan lokasi Exit dalam floor plan dengan lokasi dalam Google Map.

Pertama sekali, buka Google Map dan cari stesen yang anda akan turun. Pada paparan Google Map, pilih layer ‘map’ jika ia berada dalam mod view ‘satelite’.

Anda akan nampak bentuk stesen keretapi bewarna merah beserta cabang-cabang Exit bagi stesen tersebut.
Kadang-kala Google map akan bantu labelkan juga nombor Exit.

Pilih Exit yang paling hampir atau yang mempunyai kemudahan seperti lif mengikut keperluan anda.

Apabila anda sudah tahu Exit terbaik (dari segi jarak & kemudahan) untuk ke destinasi, anda cuma perlu padankan dengan Exit di dalam floor plan.

Mari rujuk contoh yang sensei beri di bawah. Situasinya adalah untuk keluar ke Dotonbori dari Stesen Subway Namba.

Selepas sensei padankan Exit dalam floor plan dan google maps, sensei dapati ada dua pilihan Exit yang terdekat untuk ke Dotonbori iaitu Exit-14 & Exit 15-B. Tetapi sensei pilih untuk keluar melalui Exit 15-B.

Ini kerana, walaupun kedudukan antara dua Exit ni berdepan sahaja, tetapi di Exit 15-B ada kemudahan lif manakala Exit 14 sensei kena naik tangga.

Info Tambahan: Jika anda pemegang pass subway macam OAP, anda sebenarnya boleh keluar Exit untuk Line berbeza bagi stesen yang sama.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top