Tips Untuk Travel di Jepun semasa Golden Week


APA ITU GOLDEN WEEK?

 

Golden Week merupakan ‘Minggu Emas’, koleksi 4 hari cuti umum di Jepun.
Golden Week juga merupakan salah satu daripada musim cuti paling sibuk di Jepun selepas Tahun Baru dan minggu Bon.
Keretapi api, lapangan terbang dan juga sightseeing spots akan menjadi sesak pada Golden Week, begitu juga dengan penginapan hotel.

 

Hari Cuti Golden Week

Berikut adalah hari-hari cuti Golden Week:

April 29
Showa Day (Showa no Hi)
Disambut bagi memperingati Raja Hirohita yang memerintah selama 63 tahun.
Raja Hirohita dilahirkan pada April 29 dan meninggal dunia pada tahun 1989.

Mei 3
Constitution Day (Kenpo Kinenbi)
Disambut bagi memperingati pembentukan Demokrasi dan kerajaan jepun (1947).

Mei 4
Greenery Day (Midori no Hi)
Sambutan Hari Hijau.
Hari ini adalah khusus untuk alam semula jadi kerana Raja Akihito sangat sukakan tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.

Mei 5
Children’s Day (Kodomo no Hi)
Sambutan Hari Kanak-Kanak.
Keluarga akan mendoakan kejayaan, kesihatan dan masa depan anak-anak mereka, dengan menggantungkan bendara ikan kap dan memaparkan anak patung samurai.
Kedua-dua ini menjadi simbol kekuatan, kuasa dan kejayaan dalam hidup.

Golden Week akan dielak oleh banyak pelancong dari luar negara kerana cabaran dan kesibukan orang Jepun yang turut melancong di dalam Jepun. Namun demikian, Golden Week merupakan satu minggu yang amat menarik dan menawarkan pengalaman yang unik kepada para pelancong. Jika anda merancang untuk melancong ke Jepun pada minggu khas ini, berikut adalah tips-tips travel ke Jepun semasa Golden Week.

 

Tips #1 Booking Awal

Cuba buat perancangan dan booking 3-6 bulan awal sebelum Golden Week.
Ini termasuk, tiket penerbangan, hotel, train dan juga tempat yang hendak dilawati.

 

Tips #2 Lebihkan Masa

Pelancong semasa Golden Week akan bertambah berbanding dari hari biasa.
Oleh itu, anda mungkin terpaksa beratur panjang atau kelewatan menggunakan Japan Rail Pass.
Jadi, pastikan anda memberikan masa yang lebih jika terdapat sebarang delays atau kelewatan.
Bersabar ketika berinteraksi dengan pekerja Japan Rail dan juga pelancong yang lain.

 

Tips #3 Enjoy!

Salah satu cara untuk mengelak dari kesibukan orang ramai pada Golden Week adalah dengan mengurangkan penggunaan public transportion, highway dan tempat tarikan yang popular.
Cuba ENJOY! dengan merancang aktiviti yang hanya memerlukan anda berjalan kaki dan berhampiran dengan tempat penginapan.
Berjalan-jalan menikmati taman-taman, mencari restoran tempatan. Anggap ini satu pengembaraan, jangan stress.

Tahukah anda?

Banyak aktivit-aktiviti yang boleh dilakukan semasa Golden Week:

Outdoor Festival

Semasa Golden Week, banyak festival yang disambut hampir di setiap bandar di Jepun termasuklah, bunga azalea, perarakan sejarah, perayaan kebudayaan dan sebagainya.

Visit Tokyo

Melawat Tokyo, hal ini kerana pada Golden Week ramai penduduk Tokyo akan bercuti keluar dari Tokyo.
Ini akan menyebabkan kurang ramai orang di restoran, taman, muzium, dan tempat tarikan lain di Tokyo.
Bahkan terdapat Festival Hawaii yang berlangsung di Tokyo semasa Golden Week.

Jadi rancanglah perjalanan anda jika ingin melancong ke Jepun pada cuti Golden Week.

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti dari Cakap Jepun!

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top