Yoshiwara: Bandar Yang Dilupakan

Yoshiwara merupakan sebuah bandar yang dilupakan. Selalunya apabila pelancong datang melancong ke Tokyo dan memilih untuk melawati Shibuya, Shinjuku, Ginza dan juga Asakusa. Tapi kebanyakan pelancong tidak mengetahui bahawa daerah Asakusa ini tersimpan 1001 sejarah tentang Yoshiwara, Edo yang dikenali sebagai Asakusa, Tokyo.
Ia adalah bekas daerah ‘rumah merah’ yang terkenal pada zaman Edo. Tidak dinafikan terdapat banyak anime yang menggunakan daerah Yoshiwara ini seperti Demon Slayer : Entertainment District Arc dan Gintama : Yoshiwara In Flames Arc. Pada masa itu, daerah ini dikawal ketat dengan dinding dan dipisahkan dengan bandar yang lain.
Pada awalnya Yoshiwara terletak di lokasi yang dikenali sebagai Nihonbashi, namun setelah bandar tersebut semakin berkembang ia ditukarkan ke Asakusa. Pada tahun 1657, daerah asal Yoshiwara dimusnahkan oleh Kebakaran Besar Meireki yang menyebabkan bandar tersebut menjadi debu.
Yoshiwara di Asakusa dibina dengan teratur setelah kebakaran besar. Namun, kawasan tersebut diarahkan tutup oleh kerajaan Jepun pada 1958, apabila kerajaan mengharamkan kawasan pelacuran.

Pada hari ini tidak banyak kesan sejarah yang dapat dilihat di tempat asal Yoshiwara. Ia adalah sejarah yang gelap namun tetap menjadi sebahagian daripada masyarakat semasa zaman Edo, Jepun.

Nak belajar bahasa Jepun dengan mudah dan pantas?
Klik link di bawah & dapatkan harga PROMO

bandar yoshiwara asakusa

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top