Cara Percuma Berlatih Bahasa Jepun

Assalamualaikum,

Ingin berbahasa Jepun dengan lebih baik? Ha! Selain berlatih bercakap, antara cara lain yang berkesan adalah dengan membaca. Berlatih membaca adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kemahiran berbahasa lebih-lebih lagi nihongo (bahasa Jepun).

Dalam mempelajari nihongo, adalah sangat penting untuk anda banyak membaca. Ini kerana nihongo menggunakan sistem penulisan yang berbeza. Tidak seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Bagi anda yang sedang mempelajari atau ada asas nihongo mesti tahu bahawa tulisan dalam nihongo ini bukan satu, tapi terdapat tiga jenis tulisan yang memiliki ciri-ciri tersendiri, iaitu Hiragana, katakana dan juga kanji.

Untuk memperbanykkan lagi pengetahuan dalam kosakata nihongo, tidak dinafikan yang kita memang perlu banyakkan membaca dan menghafal.

Bahan Bacaan Kanak-Kanak

Anda boleh mulakan dengan bahan bacaan yang mudah seperti bahan bacaan kanak-kanak yang ditulis dengan menggunakan tulisan hiragana.

Antara laman web bahan bacaan kanak-kanak yang boleh dibaca secara percuma adalah Hukumusume.

Laman web ini memuatkan cerita-cerita dongeng Jepun, legenda, dan pelbagai lagi. Laman web ini sangat mudah untuk dibaca isi kandungannya, selain itu pembaca juga boleh mendengar audio streaming mengikut sesebuah cerita.
Anda boleh laman web Hukumusume ini di: http://hukumusume.com/douwa/

Portal Berita Bahasa Jepun Mudah

Selain itu, pembaca boleh mencuba laman web NHK NewsWeb Easy yang bertemakan “やさしい日本語のニュース” atau “berita dalam bahasa Jepun yang mudah” ini.
Website ni memang dibina khas untuk pelajar-pelajar sekolah rendah mahu pun sekolah menengah di Jepun bagi menggalakkan mereka membaca dan mengetahui berita-berita terkini.

Selain itu, website ini boleh juga ditujukan kepada orang luar yang tinggal di Jepun atau mereka yang sedang belajar bahasa Jepun.

Dalam website ini juga, anda akan dibantu dengan adanya “Pop-up” yang akan menerangkan maksud beberapa perkataan yang terpilih.
Selain itu struktur berita juga ditulis dalam bahasa yang mudah dan anda juga boleh mendengar berita tersebut melalui “audio streaming” yang disediakan.

Layari laman web ini di: http://www3.nhk.or.jp/news/easy/

Belajar Bahasa dan Budaya Jepun

terdapat satu lagi laman web yang boleh guna untuk melatih pembacaan nihongo anda. Laman web tersebut adalah Matcha.

Matcha adalah portal online percuma dalam nihongo dengan banyak artikel-artikel yang menceritakan tentang budaya Jepun.
Walaupun menggunakan tulisan kanji, tetapi kanji tersebut mempunyai furigana. Jadi jika anda belum tahu membaca Kanji, anda masih boleh membaca atrikel tersebut.

Laman web Matcha boleh dilayari di: https://matcha-jp.com/easy

Asas Belajar Bahasa Jepun

Perkongsian laman web di atas adalah bagi mereka yang sudah memiliki asas nihongo dan mahu berlatih membaca.
Bagaimana pula untuk mereka yang tiada asas dan baru nak mula belajar?

Jika anda mahu belajar asas bahasa Jepun, saya cadangkan anda untuk belajar di Cakap Jepun Online Academy.
Dengan menggunakan silibus Marugoto, sistem pembelajaran nihongo di laman web ini sememangnya cukup sesuai bagi mereka yang baru nak bermula.

Tambahan pula, anda mesti dah bosan tak tahu nak buat apa kan sepanjang PKP ni? Lagipun PKP dah dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Sekurang-kurangnya lepas habis PKP ini anda dah bertambah satu kemahiran baru. Lepas ni bolehlah tengok anime atau drama Jepun tanpa sarikata kan! Silap-silap terus dapat peluang bekerja dengan syarikat Jepun.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top