LATIHAN HRD CORP

Merintis perubahan ke arah
negara yang maju berjaya

Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja anda ke tahap tertinggi dengan penerapan budaya dan cara fikir Jepun

LATIHAN HRD CORP

Merintis perubahan ke arah negara yang maju berjaya

Tingkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja anda ke tahap tertinggi dengan penerapan budaya dan cara fikir Jepun

Kursus asas bahasa Jepun kepada pegawai dari Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan
Kelas bahasa Jepun kepada jurutera & pengurus di ibu pejabat UMW Toyota

Industri kini berdepan banyak cabaran trend yang bergerak pantas ke arah zaman kecerdasan buatan (AI). Untuk kekal relevan, syarikat perlu memastikan tenaga kerja syarikat memiliki kebolehan dan kepakaran yang mampu mengekalkan angka jualan di tahap tertinggi.

Justeru, bagi merealisasikan perkara ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencetuskan Dasar Pandang Ke Timur.

Majoriti tenaga pengajar di Cakap Jepun adalah merupakan antara graduan yang menerima manfaat daripada dasar tersebut. Kini kami ingin berbakti semula kepada masyarakat Malaysia.

Di Cakap Jepun, kami percaya bahawa budaya dan nilai-nilai yang diterapkan dalam rakyat Jepun menjadi penyumbang terbesar pemulihan Jepun selepas Perang Dunia ke-II untuk mengejar kemajuan negara Barat.

Namun begitu, untuk benar-benar memahami dan menghayati budaya kerja Jepun, seseorang itu mesti tahu bahasa Jepun terlebih dahulu. Di sinilah hadirnya kami sebagai jambatan untuk menerapkan budaya dan minda orang Jepun melalui kelas bahasa.

Cakap Jepun adalah Penyedia Latihan yang berdaftar di bawah HRD Corp dan MOF. Semua program latihan kami boleh dituntut oleh majikan yang berdaftar dengan HRD Corp.

Dalam tempoh 4 tahun ini kami telah melatih lebih daripada 9,000 orang  di seluruh negara samada secara talian mahupun kelas fizikal mengenai Bahasa Jepun dan juga Pembangunan Diri dengan menggunakan Minda Khas Samurai Jepun.

Dalam ‘LATIHAN BAHASA, BUDAYA & MINDA’ ini kami menawarkan lima jenis program yang bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran.:

1. Asas Perbualan Bahasa Jepun
2. Asas Penulisan Karakter Jepun
3. Asas Bacaan Bahasa Jepun
4. Budaya & Etika Kerja Jepun 
5. Minda Perniagaan Jepun

RAKAN KERJASAMA CAKAP JEPUN

APA KATA MEREKA YANG TELAH KAMI LATIH

DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

Scroll to Top