TERJEMAHAN BAHASA JEPUN

Gabungan pakar bahasa Malaysia dan Jepun

Cakap Jepun memiliki barisan penterjemah yang menggunakan bahasa Jepun dalam kerjaya harian dan proses semakan juga dibuat di Jepun

TERJEMAHAN LIRIK LAGU JEPUN

Bersempena Sukan Olimpik 2020 Jepun di Tokyo, Cakap Jepun telah berkolaborasi dengan kumpulan Margasatwa untuk menukar lirik lagu mereka kepada lirik berbahasa Jepun. Lirik berbahasa Jepun ini juga bertemakan pembakar semangat kepada para atlet Malaysia.

Projek kolaborasi ini telah mendapat liputan meluas daripada media-media di Malaysia. Antaranya seperti Astro Awani.

TERJEMAHAN DOKUMEN BAHASA JEPUN

Cakap Jepun berpengalaman luas membantu syarikat-syarikat Malaysia dan Jepun mengembangkan perniagaan mereka dengan perkhidmatan terjemahan dokumen perniagaan.

Untuk projek terbaru ini, kami telah bekerjasama dengan INVEST NS, sebuah badan di bawah kerajaan negeri Negeri Sembilan untuk mempromosikan Negeri Sembilan kepada pelabur dari Jepun.

TERJEMAHAN SKRIP & KELAS SEBUTAN JEPUN

Cakap Jepun juga berpeluang membantu syarikat produksi dan pengarah tempatan yang bersemangat menjaga kualiti karya mereka. Kami menawarkan khidmat terjemahan skrip bahasa Jepun dan kelas sebutan perkataan Jepun kepada para barisan pelakon.

Cakap Jepun berbangga kerana telah dapat membantu beberapa pelakon ternama seperti Alvin Wong dan Andy Teh dalam lakonan mereka.

DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

Scroll to Top