Asal Usul Samurai Jepun Secara Ringkas

Kisah tentang samurai yang menggunakan pedang sebagai senjata utama sering dipaparkan dalam anime dan juga manga.

Antara anime yang terkenal memaparkan samurai adalah Ruroni Kenshin, Samurai Champloo, Basilisk, Gintama, Sengoku Basara dan banyak lagi.
Kemahiran bertempur sebagai seorang samurai bukan saja terletak pada pedang tetapi maruah mereka, keberanian, dan juga disiplin adalah penting untuk menjadi contoh.
Samurai juga perlu tahu tentang strategi dan taktik dalam peperangan untuk memimpin bala tentera mereka. Mereka juga perlu tahu tentang kesenian dan budaya termasuklah puisi, muzik dan juga kesenian yang lain.

Anda mungkin tertanya-tanya, “Tak akanlah semua samurai setia pada tuannya, pasti ada yang jadi pengkhianat bukan?” Ya, jawapannya jika seseorang samurai itu ditangkap kerana menjadi pengkhianat atau tali barut musuh, mereka akan dikenakan kod etika bushido. Bushido menekankan kepentingan disiplin, kesetiaan, pengorbanan dan maruah diri.

Kebiasaannya hukumannya adalah dengan ritual seppuku iaitu hukuman mati.

Dengan hukuman tersebut akan membuatkan maruah mereka akan kembali pulih.
Nak tahu tentang belajar bahasa Jepun dengan bajet yang murah? Boleh klik link dibawah ya:
Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top