7 Fakta Menarik Tentang Bahasa Jepun


Cakap Jepun

7 FAKTA MENARIK TENTANG JEPUN

 

Anda mungkin selalu tengok anime & sangat suka makan sushi atau sashimi, tetapi berapa banyak yang anda tahu mengenai bahasa Jepun? Tahukah anda? Populasi orang Jepun di dunia adalah kurang daripada 2%, tetapi hampir 10 % pengguna internet di dunia menggunakan bahasa Jepun.

Jom baca 7 Fakta Menarik Tentang Bahasa Jepun yang anda patut tahu.

 

Fakta #1 – 3 Sistem Penulisan yang berbeza.

Tahukah anda? Bahasa Jepun mempunyai 3 sistem penulisan iaitu, Hiragana, Katakana, dan Kanji.

Hiragana merupakan suku kata dan sistem tulisan asal bahasa Jepun. Ia digunakan untuk perkataan bahasa Jepun, particles, dan merupakan sistem penulisan asas yang diajar kepada kanak-kanak pada peringkat awal.

Manakala, Katakana pula adalah sistem tulisan yang digunakan untuk menulis perkataan bahasa asing. Dengan kata lain, perkataan bahasa asing yang ‘dijepunkan’. Kanji pula merupakan tulisan Cina atau ‘Chinese character‘.

 

Fakta #2 – Bahasa ke-9 yang paling banyak ditutur di seluruh dunia.

Tahukah anda? Walaupun mempunyai jumlah penduduk yang kurang daripada 2% populasi dunia, tetapi hampir 10% pengguna internet di dunia menggunakan bahasa Jepun. Tambahan lagi, bahasa Jepun merupakan bahasa ke-3 terbesar di dunia selepas English dan Spanish yang digunakan di Internet.

 

Fakta #3 – Perkataan ‘Jepun’ bermaksud ‘Matahari Terbit’.

Tahukah anda? Perkataan ‘Jepun’ adalah perkataan bahasa asing. Orang Jepun menyebut negara mereka ‘Nihon‘ atau ‘Nippon‘ yang membawa maksud ‘Matahari Terbit‘.

 

Fakta #4 – Homophones.

Tahukah anda? Homophones bermaksud perkataan yang mempunyai sebutan yang sama tetapi membawa maksud yang berlainan. Sebagai contoh, kesemua 7 perkataan ini (神, 進, 信, 新, 真, 心, 親) dibaca ‘SHIN’ tetapi mempunyai maksud yang berlainan (God, to advance, to believe, new, true, heart, parent).

 

Fakta #5 – Honorific atau Hormat.

Tahukah anda? Bahasa Jepun banyak menggunakan bahasa/perkataan sopan, yang melibatkan penambahan akhiran kepada sesuatu perkataan untuk menunjukkan tanda hormat. Ia banyak digunakan untuk rakan-rakan, kanak-kanak, tetamu, orang tua dan sebagainya.

 

Fakta #6 – Bahasa Jepun mempunyai 100 dialek.

Tahukah anda? Jepun mempunyai hampir 100 dialek, tetapi hanya 7 dialek utama yang anda patut tahu. 7 dialek yang utama di Jepun adalah Hakata Ben, Osaka Ben, Hiroshima Ben, Kyoto Ben, Nagoya Ben, Sendai Ben & Hokkaido Ben.

Fakta #7 – Bahasa paling laju ditutur.

Tahukah anda? Satu kajian telah dibuat untuk membandingkan kelajuan pelbagai bahasa (suku kata dalam sesaat) apabila native speaker sesuata bahasa itu bertutur. Bahasa Jepun mendahului senarai dengan 7.84 suku kata dalam sesaat! Manakala English pula hanya 6.19 suku kata dalam sesaat.

Menarik x? Jom baca 5 Tips Belajar Bahasa Jepun dengan Mudah & Pantas. Click Here

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top