Bagaimana VTuber Jepun Jana Pendapatan Mewah?

Para peminat Hololive yang rajin menonton konten Usada Pekora, Gawr Gura, Inugami Korone dan lain-lain pasti tahu bahawa mereka ini VTuber.

Kita boleh lihat bahawa fenomena VTuber begitu popular di Jepun. Mereka boleh dikatakan sebagai pereka konten dengan menggunakan watak yang dihasilkan melalui animasi 3D. Malah identiti sebenar VTuber ini dirahsiakan.
VTuber mempunyai persona tersendiri dan sering mencipta konten seperti video muzik, penstriman secara langsung, video komedi pendek dan berinteraksi bersama audiens melalui ‘chatbox’ dan media sosial. Kebiasaannya mereka akan strim secara langsung di Youtube.
Sudah tentu ada tertanya-tanya bagaimana mereka menjana pendapatan bukan? Ledakan konten yang pelbagai di media sosial membuatkan ramai bersaing untuk menarik audiens. Apa yang VTuber lakukan ialah:
1 – Pengiklanan dan tajaan: VTuber boleh menggunakan video dan strim secara langsung untuk memaparkan iklan dan tajaan mereka, sama seperti Youtube.
2 – Merchandise : Penjualan merchandise seperti tshirt, keychain, cawan dan juga beberapa barangan dari avatar mereka.
3 – Barangan Maya : Beberapa orang VTuber juga menghasilkan pendapatan dengan menjual emoji, lencana, dan ia dibeli oleh peminat mereka.
4 – Hartanah Maya : Vtuber juga mencipta ruang untuk peminat mereka melepak bersama VTuber yang lain melalui VRchat.
5 – Danaan awam : Sistem mengumpul dana dari orang ramai adalah kebiasaan buat VTuber untuk menjana pendapatan.
Setiap VTuber mempunyai cara yang berbeza untuk menjana pendapatan. Mereka juga mempunyai peminat yang besar di serata dunia.
Kalau anda berminat untuk mulakan belajar bahasa Jepun dengan mudah boleh klik link di bawah:
Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top