Fadhilah Sensei bawa Orang Jepun balik Kampung (Part 3)

Part 3 :

Hari Raya!

Sensei dah prepare baju raya untuk Aoi dan Ami 3 pasang seorang tau. Tapi baju preloved je la hehe. Ada baju sensei, tapi banyaknya baju adik sensei, sebab adik sensei tinggi macam mereka berdua ni.

Malam tu sensei dah suruh mereka try baju-baju tu, dah alhamdulillah size pun just nice.
Mereka dua ni suka sangat pakai jubah, sebab nampak macam dress kot. Siap boleh pusing-pusing lagi depan cermin masa try tuu sebab excited sangat.

Lepas tu Sensei kata, walaupun bukanlah baju baru , baju ni memang nak bagi terus pada mereka, bukan bagi pinjam. Nanti boleh guna untuk apa2 event di KL kalau ada.
Terus mereka muka terkejut sangat, dan tak henti-henti cakap terima kasih. Seronok sangat nampaknya. Alhamdulilah. Mereka seronok, Sensei pun gembira.

Pagi raya tu, mereka stay di rumah dengan kakak sensei & anak-anak saudara, dan yang lain pula ke masjid untuk solat raya.

Mula-mula memang ingat nak ajak untuk tengok solat raya sekali, tapi bila fikir masjid yang kami nak pergi tu tak lah besar mana, dan biasanya memang ramai sangat orang di masjid tu pagi raya, jadi sensei rasa better mereka tunggu kat rumah je.

Dan ye memang betul, ramai sangat orang kat masjid, nak solat pun bersempit-sempit terutamanya bahagian perempuan.
Habis solat raya tu, singgah rumah nenek sensei yang memang depan masjid, dan kemudian baru balik ke rumah.
Balik je rumah, mereka berdua dah tunggu depan rumah, pakai baju raya, sambil makan aiskrim milo!

Kami sampai-sampai je, terus mereka cakap ” Selamat Hari Raya!”.
Tak tahu masa bila mereka belajar, dan tiba-tiba boleh nyanyi juga lagu raya.
Part chorus jelah tapi, “Selamat, Selamat Hari Raya”
Katanya dengar dekat tv sepanjang hari semalam. Entah. Sensei pun tak perasan bila TV pasang lagu tu.

Jadi pagi tu, terus ajak makan sama-sama. Biasanya pagi raya mak Sensei akan buat nasi minyak dengan ayam masak merah, dan ada juga kambing masak kurma kegemaran mereka tu. Bertambah tambah makan. Oh ada juga menu satay pagi tu. Dan mereka ni memang suka makan sate. Tapi jenis yang tak letak kuah. Just makan macam tu je. Yelah, sate kan macam mereka punya makanan juga, `yakitori`.

Pagi sampai ke tengahari tu, kami hanya duduk di rumah melayan tetamu yang datang. Sensei pun tak tahu la berita dari mana, ramai juga saudara sensei yang datang je, jumpa sensei, terus tanya “Mana kawang jepung tu nya?”

Excited kot nak tengok orang jepun yang datang beraya di kampung sekali. Kalau yang boleh berbahasa Inggeris tu, boleh la berborak sikit2 dengan Aoi dan Ami. Tapi kalau yang tak boleh tu, sengih2 jelah tengok satu sama lain hihi.

Petang tu, bila orang dah makin kurang, Sensei, abang dan kakak Sensei pergi ziarah rumah saudara belah mak & belah ayah. Mestilah bawa sekali Aoi & Ami. Tengok rumah orang lain pula.
Oh, rasanya antara perkara yang mereka paling kagum & kandou (terharu) tengok time raya ni, adalah macam mana orang Islam ni menjaga silaturrahim sesama keluarga.

Macam petang tu, kami pergi rumah atuk saudara kami, sebab atuk sendiri dah tak ada. Mereka kata kalau di Jepun, memang jarang2 sangat jumpa family yang jauh. Kalau perayaan mereka yang paling besar pun, Oshogatsu ( New Year), biasanya hanya kumpul family terdekat je, iaitu adik beradik, dan nenek atuk kalau ada.
Tambah pula, malam raya pertama tu, ada satu family mak saudara sensei datang, beliau ada 12 org anak ( sepupu- sepupu sensei) . Datang 4 kereta sekeluarga. Meriah terus rumah.

Dan of course, datang-datang je, terus tanya, “Mana kawan jepun tu?”. Dan itu pun antara yang mereka ( Ami & Aoi ) terkejut. Wah ramai nya sepupu! Ni baru satu family. Belum yang lain lagi.

Kalau Ami, katanya dah bertahun tak jumpa sepupu dia. Dan Aoi pula, tak ada sepupu langsung. Tambahan pula, kebanyakan family di Jepun ni tak ramai adik beradik. Jadi bila berkumpul satu family, tak ramai sangat.

Bila fikir balik, mempunyai family yang besar pun satu nikmat untuk kita kan. Walaupun mungkin antara kita ada yang sudah tiada mak ayah pun, masih ada abang, kakak, makcik pakcik juga.

Ada sekali sensei berborak dengan mereka tentang keluarga, kahwin dll, sensei tanya, mereka ada plan nak kahwin ke tak? Sebab, sekarang trend di Jepun, dah ramai orang yang tak nak berkahwin.

Nak tahu jawapan mereka? Mereka jawab “Ff coursee ada plan nak kahwin”, dan nak family besar macam family Sensei. Insya Allah, Sensei doakan!

Hari pertama raya berakhir dengan family sepupu-sepupu Sensei yang datang beraya, dan tahu tak apa lagi feedback raya pertama dari Aoi & Ami?

‘Banyak kali nya makan time raya’. Yelah dekat rumah dah makan. Pergi rumah orang makan lagi.

Raya ke-dua

Style family sensei, hari raya kedua kami akan keluar ziarah rumah saudara mara. So lepas breakfast, terus keluar. Plannya nak pergi 4 rumah sebelum tengahari, tapi dapat 3 rumah je.

Rumah pertama yang kami pergi tu, rumah jiran arwah nenek kami. Comel sangat nenek tu, duk tepuk2 Aoi & Ami, sambil cakap “makan lagi,makan lagi”. Oh, antara perkataan yang mereka belajar waktu raya adalah, “makang lagi”.

Kami berborak dengan anak nenek tu, cerita yang Aoi & Ami masih student lagi. Belajar di KL.

Yang bestnya, waktu nak balik tu, Aoi & Ami dapat duit raya pertama mereka dari anak nenek tu! Yatta!

Excited sangat mereka! Bersinar muka sebab tak percaya dapat duit raya. Lepas tu, nenek tu pun bagi juga pada mereka. Yeay! dapat dua duit raya!

Sambung pergi ke rumah ke dua, rumah mak saudara belah ayah dan rumah ketiga, mak saudara belah mak. Ohh, waktu kami pergi semua rumah ni, mak ayah sensei tak ikut sekali. Mak ayah pergi beraya kat tempat lain dulu.

Susah juga nak explain pada mereka waktu pergi ziarah rumah2 time hari raya ni, sebab banyak sangat obachan (aunty) ,ojichan (uncle). Kadang2 sensei pun tak sure apa hubungan betul, tahu `saudara` je, tapi saudara tang mana tak tahu.

Petang raya kedua, kami pergi beraya ke rumah Nuar Abu Bakar sensei. Alang – alang rumah Nuar sensei tak jauh dari rumah sensei, dan mereka pun kenal Anuar sensei, jadi, sensei ajak pergi beraya sekali. Seronok mereka, dapat pergi rumah yang orang yang mereka kenal. Makan pun bertambah -tambah.

Oh ye, antara feedback raya kali ni juga, mereka risau bila balik KL dah bertambah berat badan sebab makan banyak sangat raya kali ni.

Tak apa jangan risau. Belum habis lagi raya & makan, ada lagi 2 hari mereka beraya di Terengganu!

Raya ketiga paling best! Nak tahu jadi apa?

Kalau nak lagi part 4, klik link ini.

Arigatou gozaimasu!

#orangjepungbalikkampung
#cakapjepun

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top