ISEKAI – LARI DARI DUNIA NYATA

ISEKAI – LARI DARI DUNIA NYATA

Di TikTok, wujud istilah gurauan ‘jika tertidur, akan ke negeri Isekai’. Apakah maksud Isekai (異世界) sebenarnya? Isekai merupakan subgenre fantasi – seseorang dibawa ke alam baru di mana dunia fantasi itu penuh dengan magik, pedang dan pengembaraan.

Isekai secara ringkasnya akan menggunakan plot yang sama iaitu watak utama terperangkan dalam dunia asing, dan akan menjadi lebih kuat dari dunia sebenar. Ciri isekai juga adalah seperti berbeza masa dan juga ada watak yang dibawa ke dalam dunia game seperti Sword Art Online atau Overlord.

Secara asasnya, watak utama dalam siri Isekai akan cuba mencari jalan pulang untuk Kembali ke dunia asalnya. Seperti yang boleh dilihat dalam MAR: Marchen Awaken Romance. Kebiasaannya siri ini digemari oleh gadis-gadis ataupun shojo. Kadangkala apabila watak utama jatuh cinta di dunia lain, itu akan menimbulkan dilemma apabila watak utama Kembali ke dunia asal.

Dalam banyak-banyak siri isekai, isekai yang manakah anda suka dan minat?

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top