Pengajaran Bermakna Dari Pameran Anime Bleach EX

Bleach Exhibition baru saja tamat pada Januari lalu. Ulangtahun ke-20 ini menyaksikan hasil karya Tite Kubo dipaparkan di dalam muzium dan peminat dapat menikmati dengan lebih dekat karya tersebut.

Pameran Bleach EX

Tiket biasa akan berharga ¥2000 (kira-kira RM77) untuk orang dewasa, ¥1500 (kira-kira RM56) untuk pelajar sekolah menengah dan ¥1000 (kira-kira RM39) untuk pelajar sekolah rendah. Terdapat juga tiket istimewa yang disertakan dengan barangan Bleach eksklusif untuk pameran khas, yang berharga ¥3600 (anggaran RM137).
Di dalam pameran Bleach Ex juga bukan sahaja ada perkembangan lukisan awal Tite Kubo, malah terdapat juga puisi. Karakter yang dicipta juga mempunyai ‘playlist’ mereka yang tersendiri, untuk menjadikan watak itu benar-benar ‘hidup’.
Bukan mudah untuk sesebuah karya dipamerkan ke dalam muzium. Tambahan lagi, apresiasi karya manga dan juga anime begitu kuat sehingga ia mampu menarik ramai peminat di seluruh dunia. Harga sebenar untuk seseorang artis (pelukis, pemuzik, dan sebagainya) adalah sangat mahal yang tidak boleh diukur dengan wang pun.
Seharusnya di Malaysia juga, kesedaran tentang menghargai pengkarya-pengkarya harus diberi lebih perhatian. Jika tidak, manakan ia boleh berjaya di Malaysia dan juga di mata negara luar.
Nak belajar bahasa Jepun dengan mudah dan pantas?
Klik link di bawah & dapatkan harga PROMO
Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top