PENGALAMAN BERPUASA DI JEPUN
Alhamdulillah. Kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang sangat mulia dan berkah.
Walaupun tinggal 10 hari lagi kita berpuasa di bulan ke 9 dalam kalendar Islam ini, diharapkan kita semua tidak mensia-siakan sisa baki hari untuk terus beribadah dan meningkatkan amalam kita.
Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya menyambut bulan puasa di Jepun.
DANJIKI (Puasa)
Puasa di dalam bahasa Jepun adalah 断食(だんじき)‘danjiki’.
Sesungguhnya banyak cabaran saya semasa berpuasa di Jepun selama 4 tahun dulu.
Masih segar dalam ingatan pada tahun pertama saya berpuasa, ramai kawan-kawan ‘nihonjin’ (orang jepun) bertanyakan kepada saya kenapa perlu berpuasa? Kenapa tidak boleh makan dan minum? Tidak lapar ke penat ke? Tidak susah ke? Bermacam-macam soalan yang ditanya.
Pada masa itu, saya hanya mampu tersenyum dan menjawab, “Sudah biasa berpuasa dari kecil lagi, sampai sekarang”. Tapi kawan-kawan ‘nihonjin’ saya masih belum dapat menerima sebab kenapa perlu berpuasa?
Tahun ke-2 lagi parah, sebab saya pergi サークル旅行(さーくるりょこう)’Saakuru Ryokou’ iaitu, Club Trip ke Toyama selama 1 minggu pada bulan puasa. Semasa di Jepun, saya menyertai Club Orchestra Nagoya University, kebetulan puasa masa itu cuti musim panas. Kami praktis dan juga buat persembahan di sekolah-sekolah sekitar Toyama pada masa itu.
Sepanjang trip itu,’Senpai’ dan juga kawan-kawan ‘nihonjin’ saya yang lain kesian dan selalu bertanya kepada saya “Daijyoubu desuka?” (Are you ok?) kerana terpaksa berlatih dan membuat persembahan.
Seperti tahun pertama, saya menjawab “Sudah biasa berpuasa dari kecil, saya ok”.
Namun perkara yang sama berlaku, mereka masih belum faham dan menyebabkan saya memikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk menerangkan maksud puasa ini kepada mereka.
PUASA VS EXAM
Saya terus cakap Puasa ni macam Exam (ujian).
Saya tanya mereka, kalau exam semua study betul-betul tak?
Jawab exam betul-betul x?
Kalau berusaha betul-betul, dapat A x?
Puasa ini sama je macam exam. Kene puasa betul-betul, sebab lepas puasa ada raya.
Boleh enjoy! Masa puasa buat amalan ibadah banyak-banyak dapat ganjaran (pahala) banyak-banyak.
Saya cuba untuk mereka tidak salah sangka, puasa ini memenatkan dan menyusahkan.
Anda ada pengalaman macam saya? Kalau orang bukan Islam bertanyakan mengenai Puasa, bagaimana anda explain?
p/s: gambar semasa trip tersebut. Cuba cari mana satu saya? Siap keluar surat khabar lagi tau!