Suasana Hari Raya di Jepun. Eid Mubarak!

Macam mane Raya tahun ni? Meriah x?
Berhari raya di Jepun merupakan perkara yang tidak dapat saya lupakan selama 4 tahun di sana.
Mesti korang semua nak tau best ke x raya di Jepun kan?

Musim raya ni, mesti semua orang tak sabar nak balik kampung kan? Tidak kisah yang muslim atau bukan muslim.
Semasa musim raya ni la, jalan raya adalah tempat yang paling sesak.

Bagi saya, raya di Jepun sangat best sebab jalan raya tidak sesak macam kat Malaysia.
Makanan pun best sangat masa raya. Komuniti di Nagoya pada masa itu tidak silap agak ramai dalam 50 orang kerana ada 2 universiti berdekatan iaitu, Nogaya University dan Nagoya Institute University

 

Situasi Raya di Jepun

Banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa berhari raya di Jepun, antaranya:

 

Berhari Raya di dalam kelas

Ingat lagi, 1st year saya dan kawan-kawan saya tidak balik ke Malaysia sebab hari pertama raya, semesta baru bermula. Jadi, kami semua kene beraya di dalam kelas.
Hari itu semua bertekad untuk pakai baju raya ke kelas.Semua bersemangat dengan baju melayu dengan samping dan baju kurung. Sampai kawan ‘nihonjin’ saya tegur kenapa pakai skirt?Rasa sedih juga sebab tidak dapat sembahyang raya, tapi lepas kelas tu semua balik rumah beraya sambil makan rendang, nasi himpit & kuih raya.

 

Bakar Satay

Siapa cakap kat Jepun xde satay?
Saya dengan kawan-kawan semua pernah buat satay & bakar sendiri tau! Nasi himpit, kuah kacang, mee kari, dan macam-macam lagi pun masak sendiri.Pengalaman terpaksa memasak sendiri di Jepun mengeratkan hubungan silaturrahim kami.
Paling best, lepas tu semua ahli keluarga Nagoya berkumpul bermaaf-maafan sambil menikmati juadah raya.

 

Ziarah menziarahi rumah ke rumah

Part ini sangat best, Kenapa? Pengalaman saya, Mud (housemate) dan Rizal senpai akan menziarahi satu rumah ke rumah yang lain dalam masa satu hari.
Kira macam raya kat Malaysia la pergi rumah saudara mara beraya.Yang kelakarnya, contoh saya, Mud dan Rizal Senpai bertiga pergi beraya di satu rumah. Selepas itu, tuan rumah yang kami beraya itu akan ikut kami beraya ke rumah seterusnya dan bertambah la ahli bilangan kepada 4. Perkara tersebut berulang sampai la ke rumah seterusnya.Jadi rumah yang terakhir tu mesti la penuh dengan orang sampai 10-12 orang tetamu pada masa yang sama. Korang semua mesti tau kan rumah kat Jepun ni sempit. Jadi berhimpit-himpit la kami beraya.

 

Salam Perantauan

Dulu masa kecik2 selalu tengok dalam surat khabar orang hantar Salam Perantauan! Jadi, masa di Jepun 1st year semua bersemangat hantar Salam Perantauan dan keluar masa bulan puasa. Excited plak! Siap family semua call. Tapi lupa plak mane letak gambar tu sekarang. Sekurang-kurangnya ada pengalaman hantar Salam Perantauan. 🙂

Begitulah, pengalaman saya menyambut hari raya di perantauan dulu.
Raya di Malaysia sebenarnya lagi meriah!.

Di kesempatan ini, saya dan juga team Cakap Jepun ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan salah silap kami ye!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Anuar
Cakap Jepun
FB: Nuar Abu Bakar

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top