Tips Di Stesen Keretapi Jepun (Bhg.1)

Antara perkongsian pengalaman pelancong Malaysia yang baru pulang adalah tentang bagaimana mereka tersesat di stesen keretapi Jepun. Tak kurang juga yang berkongsi cerita kepayahan turun naik tangga sambil memikul bagasi dan stroller bayi.

Memang stesen keretapi di Jepun agak kompleks, lebih-lebih lagi stesen besar seperti bandar Nagoya & Tokyo.

Sensei nak kongsikan 4 tips untuk elakkan tersesat di dalam stesen keretapi di Jepun.

Diharap dengan tips ini anda bukan sahaja tak sesat, malah anda mampu redah stesen keretapi di sana dengan yakin.

Mohon ambil perhatian kerana tips ni amat berguna untuk mereka yang membawa anak kecil, warga emas, stroller, wheel chair, dan bagasi.

 

TIPS 1: SEMAK NOMBOR PLATFORM

Sensei anggap anda dah siapkan itinerary, jadi anda dah tahu nak naik line apa dan turun di stesen mana untuk ke destinasi. Jadi, langkah seterusnya adalah semak nombor platform untuk line tersebut di stesen yang terlibat.

Anda boleh semak di laman web wikipedia atau hyperdia untuk dapatkan info ni. Tujuan untuk semak nombor platform ini adalah kerana kadang-kala terdapat lebih dari satu line keretapi yang berhenti di sesebuah stesen. Dan, setiap line ada platform khusus yang ditetap.

Maka, jika anda dah tahu nombor platform, anda boleh terus menuju ke platform tersebut tanpa perlu peduli platform lain yang tidak berkaitan.

Sensei bagi contoh ye, situasinya anda baru turun dari shinkansen di Stesen Shinagawa dan nak naik pula Yamanote Line ke Stesen Akihabara.

Hasil semakan di wikipedia, kita dapat tahu shinkansen dari Osaka akan tiba di platform 21 atau 22. Manakala keretapi bagi Yamanote Line pula beroperasi di platform 1 atau 2.

Jadi kita hanya fokus pada platform-platform di atas sahaja, walaupun terdapat berbelas platform lain di Stesen Shinagawa.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top