Tips 2 : Semak Floor Plan Stesen
PERHATIAN: TIPS INI SANGAT PENTING DAN BERGUNA
Pada tips pertama kita dah bincang tentang nombor platform. Untuk tips ini pula kita akan ambil tahu tentang lokasi platform di dalam stesen serta laluan untuk menuju ke sana.
Caranya adalah dengan semak floor plan bagi stesen tersebut. Nampak mudah bukan?, tetapi jarang sekali dipraktikkan. Jangan terkejut kalau tips semudah ini mampu menjimatkan masa dan melancarkan perjalanan anda di Jepun.
Dengan semak floor plan, kita juga boleh tahu info tentang:
a) Lokasi setiap Entrance/Exit
b) Lokasi tangga, eskalator, lif, tandas, locker, kaunter tiket
c) Kedudukan platform yang terdekat dengan lif, eskalator dan Exit
Kita sambung contoh dari tips sebelum ini di Stesen Shinagawa.
Situasinya dari platform shinkansen ke platform Yamanote Line.
Hasil kita semak floor plan Stesen Shinagawa, kita dapat maklumat berikut:
a) Ada pilihan tangga dan eskalator untuk keluar dari platform shinkansen bernombor 21 & 22
b) Ada tandas selepas keluar platform shinkansen
c) Ada laluan ‘Transfer Lane’ iaitu laluan ke platform lain tanpa perlu keluar ke laluan tengah. Untuk contoh ini ke platform Yamanote Line bernombor 1 & 2.
Stesen Shinagawa adalah antara stesen tersibuk di Bandar Tokyo dan laluan tengah stesen ini sentiasa sesak dengan pejalan kaki. Adanya ‘transfer lane’ membantu mereka yang menukar keretapi untuk ke platform lain.
Di bawah ini sensei kongsikan link untuk anda muat turun floor plan. Bagi kebanyakan laman web syarikat keretapi di Jepun, mereka ada sediakan floor plan untuk hampir semua stesen walaupun stesen kecil di kawasan luar bandar.
Osaka Metro
https://goo.gl/uVdisW
JR West
https://goo.gl/GDHWid
Tokyo Metro
https://goo.gl/1Gepac
JR East
https://goo.gl/BuVt6a
*Untuk memudahkan carian, perkataan floor plan dalam bahasa Jepun ialah 構内図