Wanita ini berkongsi pengalaman ber’gari’ di Nagano

Blueberry-gari di Nagano

 

Di Jepun ada satu aktiviti yang sangat popular terutamanya pada musim panas yang dipanggil ‘Kudamono Gari’ iaitu ‘Memetik buah-buahan’. Ada ‘Budoo Gari’,’Momo gari’ dan macam-macam lagi. Alhamdulillah kali ini berkesempatan ber-blueberry-gari (memetic blueberry) bersama  keluarga Nagano.

Penulis (Khairul) dan keluarga di ladang Sanwa

Terdapat pelbagai jenis buah-buahan di Ladang Sanwa (三和観光農園) ini, seperti blueberry, epal, pear dan momo (peach Jepun). Semuanya boleh dipetik mengikut musim buah masing-masing. Sekarang ini musim petik blueberry. Blueberry di ladang ni sangat sedap, buah dia besar-besar dan rasanya manis, yang kecil rasa sedikit masam-masam manis! Berbeza rasa dengan yang biasa terdapat di pasaraya.

Cakap Jepun

Blueberry yang berjaya kami kutip

Blueberry warna kemerah-merahan rasa masam-masam

Untuk blueberry-gari, seorang dikenakan pembayaran sebanyak ¥1000(38) sekepal dan boleh petik di pokok dan makan sebanyak mana yang mampu selama 30 minit. Dan setiap orang akan dapat satu cawan plastik penuh blueberry yang dipetik sebagai cenderahati dari tauke ladang.


Pak cik jual aiskrim pun segak

Hari ini kami berpeluang makan blueberry dan juga nak makan momo (buah pic). Momo ni baru sahaja habis musim, tapi tauke ladang ada simpan momo yang telah dipetik dan disejukkan dalam peti ais. Rasanya tak ubah seperti yang dipetik di pokok. “Juicy and crunchy” kalau speaking London.

Untuk makan momo ni, ada cas tambahan bayaran sebanyak ¥1500(RM57). Tapi tauke ladang ini baik hati. Dia tengok kami datang seramai 4 buah kereta MPV, dia beri diskaun walaupun tak cukup orang untuk dapatkan harga “group tour”.

Konklusinya, group kami bayar ¥2000 (RM76) sahaja seorang untuk petik blueberry + makan momo sepuas hati. Puas jugalah dapat makan hampir seratus biji blueberry dan melantak 5 biji momo bersaiz XL.

Ikuti penulis di Facebook Khairul Amzar.

Kongsi artikel ini

E-BOOK PERCUMA

JOM MULA BELAJAR BAHASA JEPUN!

TERKINI

Scroll to Top